Kolej Pengajian Islam SG boleh main peranan penting, sumbang kepada pendidikan Islam di SG & Nusantara
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) boleh mainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pengajian dan pendidikan Islam bukan sahaja di Singapura bahkan di peringkat Nusantara.
Mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim yang mengumumkan projek kolej Islam itu pada 2016 berkongsi pandangannya itu dengan BERITA Mediacorp.
Mengulas tentang penubuhan SCIS yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) baru-baru ini, Dr Yaacob menarik perhatian kepada bagaimana institusi pengajian Islam di Singapura suatu ketika dahulu pernah melahirkan asatizah-asatizah ulung di rantau ini.
"Kita jangan lupa satu masa (dahulu) pada tahun 50an dan 60an, Madrasah Aljunied di Singapura ialah pusat pengajian bagi Nusantara. Banyak Mufti-Mufti di negara Malaysia dan Brunei mendapatkan pendidikan mereka di Madrasah Aljunied," kongsi Dr Yaacob kepada wartawan Nazirah Jamzuri.
"Saya rasa ini satu peranan yang penting bagi Kolej Pengajian Islam Singapura. Kalau kita boleh mewujudkan satu SCIS yang "World Class" atau bertaraf dunia di mana ia disanjung tinggi, ini akan menyumbang kepada kesejahteraan nusantara kita di mana mereka yang datang dari Thailand, Indonesia, Malaysia dan Brunei (boleh) mendapatkan pengajian mereka di SCIS dan akan kembali ke tanah air mereka sebagai orang Islam yang baik dan pada masa yang sama sebagai rakyat yang baik, yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara mereka dan sebagainya," tambahnya.
MODUL-MODUL PROGRESIF DIHARAP DAPAT DITERAP DALAM SCIS
Selain kemahiran berlandaskan konteks negara berbilang kaum dan agama seperti Singapura, Dr Yaacob juga berharap modul-modul yang progresif dapat diterapkan dalam kurikulum SCIS kelak.
Beliau merasakan ia penting untuk para asatizah tempatan dan ia juga memerlukan struktur pentadbiran yang bertaraf dunia.
"Kita harus mengambil peluang ini untuk mewujudkan satu institusi yang berbeza dan unik yang boleh menyumbang kepada pendidikan Islam di peringkat posmenengah dan peringkat mahasiswa. Salah satu input yang saya rasa penting bagi kurikulum ini ialah apa yang dinamakan 'Interfaith Understanding' atau pemahaman silang agama," jelas Dr Yaacob.
"Kalau kita ingin para asatizah kita dari Kolej Islam untuk jalankan tugas mereka dan memimpin masyarakat kita, konteks kita itu penting. Yang paling penting juga ialah dalam negara yang majmuk, yang mempunyai golongan lain, bagaimana kita boleh hidup bersatu padu dengan kumpulan yang bukan seagama dan (bukan sama) kaum dengan kita. Saya rasa para asatizah kita harus faham cara-cara pemahaman silang agama dan hubungan demi membimbing masyarakat kita," tambah beliau.
LATIH ASATIZAH FAHAM KONTEKS SG, BIMBING MASYARAKAT
Semasa menyandang jawatan sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob pernah melakukan beberapa lawatan ke Institusi Islam di luar negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Mesir dan Jordan untuk timba pengalaman membangunkan kolej Islam.

"Walaupun kita boleh mengambil beberapa iktibar dan pengajaran dari institusi yang kita telah lawat, yang penting kita sesuaikan apa yang kita telah pelajari bagi konteks kita untuk mewujudkan satu institusi di Singapura," kongsi Dr Yaacob.
Beliau juga akui penubuhan SCIS semakin penting hari ini dan menjelaskan perspektif beliau yang berbeza.
Dr Yaacob turut menyangkal dakwaan bahawa langkah itu bagi mengawal pemikiran dan pendidikan Islam di negara ini.
"Di sini, saya ingin menyentuh kepada pandangan-pandangan yang ada dalam kalangan masyarakat kita yang berwaspada atau rasa sangsi bahawa idea ini ialah salah satu langkah lagi oleh pemerintah Singapura untuk mengawal dan menjaga kehidupan masyarakat Islam di Singapura. Saya rasa ini kurang tepat. Saya yang mencetuskan idea ini pada tahun 2016, di mana saya berbincang dengan mereka di kalangan masyarakat kita dan di pihak pemerintah.
"Sekaligus ada persetujuan bahawa ini satu idea yang baik dan penting dan saya rasa kita harus berterus terang. Tujuan kita ialah untuk melatih para asatizah yang faham konteks Singapura dan pada masa yang sama boleh membimbing dan mengajar masyarakat kita untuk pertama menjadi masyarakat yang menyumbang kepada Singapura dan orang Islam yang baik. Jadi tujuan kita ialah untuk menjadi rakyat yang baik dan pada masa yang sama orang Islam yang baik. Saya rasa itu satu langkah yang penting di mana SCIS boleh menyumbang kepada usaha mewujudkan impian itu," jelas Dr Yaacob.
Butiran bagi penubuhan SCIS akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.