Kolej Pengajian Islam SG boleh jadi kebanggaan masyarakat & bentuk komuniti cemerlang yang berdaya tahan: Mufti
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sedang sekitaran global menjadi lebih tidak menentu dan cabaran sosioagama jadi lebih rumit, Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir merasakan perlu adanya pilihan untuk pembelajaran peringkat tinggi dalam Pengajian Islam tempatan.
Ini katanya bagi melengkapi pemimpin agama masa hadapan dengan kemahiran dan kecekapan baharu.
Beliau berkongsi pandangannya itu di Instagram tentang penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Lawrence Wong dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad (18 Ogos).
"Kita boleh dan patut manfaatkan model dan jenama Singapura dalam pendidikan, sebagai antara yang terbaik di dunia untuk mereka dan menawarkan pendidikan universiti kita sendiri.
"Kita telah fikirkan dan kaji idea ini buat seketika waktu dan belajar daripada institusi-institusi terbaik di dunia untuk merealisasikannya. Beberapa tahun kebelakangan ini, kita mula tawarkan Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) hasil kerjasama dengan institusi-institusi terbaik dalam dan luar negara dan hari ini kita jalankan Program Kajian dalam Penyelidikan Masyarakat Islam Gemilang (RPCS) untuk merancakkan lagi penyelidikan dalam sektor agama kita," kata Dr Nazirudin.
Beliau yakin tradisi intelek Islam yang terbaik serta aspek dan disiplin kontemporari dapat digabungkan dalam program mahasiswa agar para graduan masa depan lebih bersedia untuk tangani cabaran-cabaran yang sukar dan mendapat pekerjaan yang baik.
Oleh itu, Dr Nazirudin menghargai sokongan PM Wong dan pemerintah untuk merealisasikan projek penting itu.
"Nenek moyang kita meninggalkan warisan penting bagi pendidikan Islam di Singapura apabila mereka membangunkan madrasah, ada yang menarik bakat-bakat dari rantau ini, bukan sahaja Singapura. Ramai lulusan kemudian menjadi pemimpin masyarakat mereka
"Kini giliran kita pula untuk buat sumbangan besar. Kolej itu akan jadi kebanggaan masyarakat Muslim Singapura pada masa depan. Ia akan jadi sumbangan besar dalam membentuk masyarakat Islam cemerlang yang bersemangat, yakin dan berdaya tahan," tambah Dr Nazirudin.
Beliau juga mengingatkan bahawa usaha ini memerlukan sokongan, komitmen dan sumber yang besar.
Dr Nazirudin berharap masyarakat hari ini boleh sama-sama membangunkan warisan ilmu, pembelajaran dan khidmat yang berterusan.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.