Kolej Islam Muhammadiyah teroka kemungkinan tawar program sarjana dalam Pengajian Islam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kolej Islam Muhammadiyah (MIC) sedang bekerjasama dengan beberapa universiti di Malaysia untuk meninjau kemungkinan menawarkan program sarjana dalam Pengajian Islam.
Pengarah MIC, Faiszah Abdul Hamid berkongsi perkara ini ketika diminta mengulas mengenai jumlah graduan tertinggi yang diraikan pada Sabtu (1 Nov) - rekod baharu dalam sejarah konvokesyen kolej tersebut.
Secara keseluruhan, seramai 243 graduan menerima sijil dan ijazah dalam majlis itu.
"Jumlah graduan ini mencerminkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat Muslim yang semakin meningkat terhadap MIC. Ini juga bermakna kami harus terus berkembang dan menjalankan penyesuaian demi memenuhi keperluan anggota masyarakat Muslim di Singapura," kata Cik Faiszah.
Beliau kemudian berkongsi tentang usaha yang sedang dijalankan untuk menawarkan program sarjana dalam Pengajian Islam berasaskan kerja kursus serta program sarjana muda, yang mahu dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

"Ini bagi memenuhi keperluan golongan karyawan yang mungkin mendapati program sarjana berasaskan tesis terlalu memakan masa dan lebih fasih berbahasa Inggeris," terang Cik Faiszah lagi.
Buat masa ini, MIC menawarkan dua program sarjana muda iaitu peringkat tertinggi pengajian yang ditawarkan oleh kolej tersebut di mana para pelajar akan menerima ijazah dalam Syariah Islamiah atau ijazah dalam Tafsir dan Hadis.
Kedua-dua program berkenaan dikendalikan dalam bahasa Melayu dan ditawarkan secara sambilan.
Ia merupakan hasil kerjasama rapat antara MIC dan Universitas Islam Negeri (UIN) Imam Bonjol, Padang, Indonesia sejak tahun 2000.
ACHMAD FATHA ASGHARI GRADUAN TERBAIK KALI INI
Di majlis konvokesyen kesembilan MIC itu, Encik Achmad Fatha Asghari dinobatkan sebagai graduan terbaik.

Beliau mengikuti Program Sarjana Muda Tafsir dan Hadis pada setiap hujung minggu selama empat tahun.
"Alhamdulillah, ia satu perjalanan yang mencabar tetapi memuaskan kerana saya perlu mengimbangi pengajian sambilan dan kerja sepenuh masa. Para pensyarah memudahkan semuanya buat kami. Mereka selalu memberikan sokongan," luah Encik Achmad.
Sebagai seorang pendidik, beliau juga berharap ilmu yang ditimba akan membolehkannya mengakses sumber rujukan yang sahih dan relevan untuk dimanfaatkan dalam pengajarannya.
"Pembelajaran ini bukan sekadar tentang memperoleh maklumat dan menggunakannya sesuka hati. Kami dibimbing melalui satu metodologi yang jelas dan saya percaya itulah aspek paling penting dalam perjalanan ilmu ini," katanya lagi.
Graduan yang berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah bagi Tahap 2 (Guru al-Quran) ini turut menekankan bahawa program tersebut memberinya rangka kerja dan metodologi untuk menapis serta mengamalkan ilmu berdasarkan pendekatan para sarjana terdahulu.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.