Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kolej Islam di S'pura mampu lahirkan generasi hidupkan tradisi Islam, harungi cabaran akan datang

Menteri bertanggunjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim yakin negara ini mampu menubuhkan sebuah institusi pendidikan Islam terulung di rantau ini yang dapat melahirkan barisan asatizah dari dalam dan luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Jul 2016 11:44PM Dikemas Kini : 29 Jul 2016 11:49PM

SINGAPURA: Menteri bertanggunjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim yakin negara ini mampu menubuhkan sebuah institusi pendidikan Islam terulung di rantau ini yang dapat melahirkan barisan asatizah dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata demikian semasa perbincangan FORUMSG semalam (28 Jul) yang turut menyentuh pelbagai inisiatif lain yang diumumkan baru-baru ini.

Setiap tahun, jumlah lulusan madrasah yang terpaksa melanjutkan pengajian di luar negara meningkat kerana gagal mendapat tempat di institusi tempatan.

Maka itu, Dr Yaacob Ibrahim berkata sudah tiba masanya untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan Islam di sini yang dapat melahirkan barisan pakar Islam, bukan sahaja di Singapura tetapi di seluruh nusantara.

"Yang lebih penting, mereka peka dengan konteks di Singapura yang berbilang kaum, bangsa dan akan terus berubah dengan cabaran-cabaran tertentu. Sebagai contoh, kita akan dan menghadapi tekanan globalisasi dan teknologi. Ini akan merubah cara kita hidup dan kerja dan bagaimana kepimpinan agama itu boleh disesuaikan dalam konteks yang baru," kata Dr Yaacob.

Pengarah Pembangunan Dasar Beragama MUIS, Dr Nazirudin Mohd Nasir berharap kolej baru itu juga dapat melahirkan para asatizah yang celik IT supaya mampu menyumbang kepada usaha dakwah di peringkat antarabangsa.

"Saya yakin kolej Islam yang berpangkalan di Singapura dengan segala rangkaian atau sumber yang ada di Singapura akan dapat melahirkan generasi sedemikian - yang menghidupkan tradisi Islam tetapi pada masa yang sama, dengan begitu yakin dapat mengharungi cabaran masa akan datang," kata Dr Nazirudin.

Soal barisan pemimpin generasi baru turut disentuh.

Dr Yaacob menekankan perlunya ada perkongsian kemahiran dan pengalaman antara para pemimpin perintis dengan golongan muda.

Ini katanya boleh dilakukan menerusi wadah-wadah seperti program Inkubator Kepimpinan anjuran Kelab MENDAKI yang baru diperluaskan.

Beliau juga menggesa para belia supaya memikirkan tentang warisan yang ingin mereka tinggalkan untuk generasi masa depan.

"Mereka harus fikirkan apakah warisan yang ingin mereka tinggalkan, seperti apa yang telahpun ditinggalkan oleh golongan perintis kita dari segi budaya, agama dan sebagainya," kata Dr Yaacob.

Turut dibincangkan semalam - bagaimana masyarakat Islam/tempatan dapat menangani masalah fahaman radikal yang semakin melampau.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan