Skip to main content

Singapura

Kohort terakhir empat maktab rendah terima keputusan di sekolah masing-masing

93% pelajar yang menduduki peperiksaan GCE 'A' tahun lalu, meraih kelulusan dalam sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran H2, serta Kertas Am atau Pengetahuan dan Penyelidikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kohort terakhir empat maktab rendah terima keputusan di sekolah masing-masing

Para pelajar Maktab Rendah Tampines sebelum menerima keputusan mereka.

Diterbitkan : 23 Feb 2018 11:45PM Dikemas Kini : 23 Feb 2018 11:51PM

SINGAPURA: 93% pelajar yang menduduki peperiksaan GCE 'A' tahun lalu, meraih kelulusan dalam sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran H2, serta Kertas Am atau Pengetahuan dan Penyelidikan.

Bagi para pelajar Maktab Rendah Tampines, Serangoon, Jurong dan Innova, ini merupakan kali terakhir mereka menerima keputusan di sekolah masing-masing.

Empat maktab rendah itu akan bergabung dengan maktab rendah lain mulai tahun depan.

Bagi Fadhli Rusydi Fadzil, pelajar Maktab Rendah Tampines, keputusan cemerlang yang diraihnya dalam peperiksaan GCE A tahun lalu disambut dengan perasaan gembira bercampur sedih.

Tahun depan, Maktab Rendah Tampines akan bergabung dengan Maktab Rendah Meridien.

"Memandangkan ini tahun terakhir, saya percaya bahawa pihak guru-guru telah berhempas-pulas untuk membantu mereka yang akan menduduki peperiksaan peringkat A pada tahun lepas. Hari-hari, kita akan ada sesi belajar malam. Oleh itu, guru-guru mengadakan 'buffet' setiap malam untuk membantu pelajar agar tidak lapar," kata Fadhli.

Pelajar Program Pilihan Bahasa Melayu (MLEP), dan Presiden Persatuan Budaya Melayu (MCS) ini, berazam untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Pengajian Melayu di NUS.   

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita