Kohort perintis GCE 'N' Sekolah Menengah Spectra catat 98.5% lulus
Bilangan pelajar GCE 'N' yang berjaya mendapat sijil bagi Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) tahun ini, merosot sedikit berbanding tahun lalu.
SINGAPURA: Bilangan pelajar GCE 'N' yang berjaya mendapat sijil bagi Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) tahun ini, merosot sedikit berbanding tahun lalu.
Kementerian Pendidikan menyatakan, 99.4% pelajar mendapat sijil, berbanding 99.6% tahun lalu.
Namun, bilangan pelajar Normal Akademik yang layak ke Menengah 5, bertambah sedikit dari 76.6%, berbanding sekitar 75.2% tahun lalu.
Sekolah Menengah Spectra, di mana sekumpulan 204 pelajar perintis sekolah itu menamatkan GCE 'N', menyaksikan sekitar 98.5% pelajarnya lulus - iaitu melebihi purata nasional.
KOHORT PERTAMA SPECTRA AMBIL GCE 'N' & ISC
Hari yang penuh mendebarkan bagi para pelajar mengambil keputusan peperiksaan GCE 'N' pada tahun ini.
Debarannya lebih dapat dirasakan di Sekolah Menengah Spectra kerana ia merupakan sekolah khusus untuk pelajar Normal (Teknikal), yang perlu mengambil subjek utama salah satu daripada empat Sijil Kemahiran ITE, di samping subjek-subjek GCE 'N' yang lain.

"Ianya sangat bermanfaat kerana dalam mendalami subjek-subjek ini menengah satu lagi hinggalah menengah empat dan menduduki peperiksaan ISC, mereka telah pun membina keyakinan diri untuk memasuki aliran-aliran yang tertentu.
"Mereka juga dapat membangunkan personaliti-personaliti diri mereka sendiri yang dapat menyerlah untuk masa hadapan mereka," kata Cik Julie Katherine Abdul Samad, Ketua Subjek Bahasa Ibunda Sekolah Menengah Spectra.
PELAJAR YANG LULUS SEMUA MATA PELAJARAN TERMASUK ISC
Antara pelajarnya yang lulus ialah Noor Iskandar Abdul Rahman yang lulus semua mata pelajarannya.
Iskandar yang bercita-cita untuk menjadi seorang juru elektrik aeroangkasa turut mengambil ISC dalam khidmat kemudahan.

"Saya rasa kerja di Mandarin Oriental ini betul-betul seronok kerana inilah peluang yang orang tak dapat tapi kita dapat, tapi kita tetap belajar banyak di Mandarin Oriental macam bilik-bilik apa yang rosak, kami boleh lihat, ikut, dapat pasang barang dari luar dan dalam, dapat cat semua," kongsinya bersama BERITAMediacorp.
KOHORT PERTAMA 'SUBJECT BASED BANDING' SEKOLAH MENENGAH JURONG WEST
Ini juga merupakan tahun pertama pelajar di bawah skim perintis yang dipanggil 'Subject-Based Banding' menduduki peperiksaan GCE 'N'.
Ia adalah untuk pelajar mengambil subjek pada tahap yang lebih tinggi, jika mereka mempamerkan prestasi yang baik.
Sejak 2014, skim itu merupakan projek perintis di 12 buah sekolah menengah.
Mulai tahun depan, ia akan diperluaskan di semua sekolah menengah yang menawarkan aliran Normal di sini.
PENGALAMAN PELAJAR SEPERTI MUHAMMAD ARSHAWNDY, LULUS 6 MATA PELAJARAN
Salah seorang daripadanya ialah Muhammad Arshawndy dari Sekolah Menengah Jurong West yang merupakan pelajar dari aliran Normal Teknikal.
Namun dia mengambil mata pelajaran sains di peringkat Normal Akademik.
Arshawndy yang ingin menjadi seorang jururawat juga lulus semua enam subjek yang didudukinya, termasuk Sains yang berada di bawah kategori Normal Akademik.
"Saya ambil subjek sains. Saya suka belajar sains bila saya kecil. Sampai sekarang saya suka belajar sains. Tetapi bila dalam sekolah menengah, sains daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah lain.
"Saya macam gagal banyak kali tapi saya jumpa cikgu saya, saya cuba belajar apa yang saya boleh. Pertama saya tidak buat baik. Saya macam selalu gagal tapi bila saya jumpa cikgu saya, jumpa kawan-kawan untuk minta tolong saya lulus. Saya macam buat lagi bagus dari dulu," kongsi Muhammad Arshawndy.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.