Skip to main content

Singapura

Kod tatalaku 'beli sekarang, bayar kemudian' dilancar bagi lindungi pengguna

Anggaran Waktu Membaca:
Kod tatalaku 'beli sekarang, bayar kemudian' dilancar bagi lindungi pengguna

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 20 Oct 2022 07:51PM Dikemas Kini : 21 Oct 2022 09:19AM
SINGAPURA: Para pelanggan tidak akan dibenarkan berhutang lebih daripada S$2,000 dengan mana-mana penyedia khidmat "beli sekarang, bayar kemudian" (BNPL) kecuali jika mereka lulus penilaian kredit tambahan yang akan mengambil kira perincian seperti hasil pendapatan dan maklumat kredit yang dikongsi bersama kesemua penyedia khidmat BNPL. 

Seseorang pelanggan juga akan digantung akses daripada membuat pembelian lanjut sebaik saja dia terlambat membuat bayaran.

Langkah-langkah itu sebahagian daripada kod tatalaku yang diumumkan pada Khamis (20 Okt) bagi melindungi pengguna daripada berbelanja secara berlebihan dan akhirnya berhutang sedang industri beli dulu bayar kemudian, kian berkembang.

Kod itu dibangunkan oleh kumpulan kerja yang diterajui Persatuan Teknologi Kewangan Singapura (SFA) dan pemain industri termasuk Atome, Grab Financial Group dan ShopBack dengan bimbingan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Kod baru itu juga melakarkan garis panduan bagi penyedia khidmat dalam bidang-bidang seperti amalan pemasaran beretika, dan membenarkan pelanggan untuk tidak memanfaatkan khidmat itu.

Syarikat BNPL juga harus telus dalam memberikan butiran semua yuran yang dikenakan. Contohnya, BNPL akan membataskan semua yuran termasuk yuran lambat bayar dan tidak mengenakan kadar faedah.
Pelanggan juga boleh membuat bayaran penuh pada bila-bila masa tanpa menghukum mereka dengan mengenakan yuran balik balik lebih awal.

Penyedia BNPL juga boleh mempertimbangkan untuk menghulurkan bantuan kepada pelanggan yang menghadapi masalah kewangan dengan mengaturkan bayaran yang "dipersetujui" kedua-dua pihak.

Sepanjang tempoh itu, pelanggan tidak dibenarkan akses kepada perkhidmatan BNPL.

Penyedia juga akan komited untuk tidak memulakan prosiding muflis terhadap pelanggan mereka.
Sumber : CNA/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita