Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kod amalan perlu ditetapkan bagi teknologi baru: DPM Teo

Maersk terpaksa bergantung kepada operasi manual dan menggunakan sistem automasi PSA untuk membantu menguruskan kapal-kapalnya di rantau ini dan memastikan ia mengikut jadual sebaik mungkin, kata Encik Teo lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2018 12:47PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 11:14PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata meskipun teknologi-teknologi baru membantu menangani jurang dalam keupayaan keselamatan dan pertahanan negara, ia juga dapat mewujudkan kelemahan baru.

Dengan itu, Encik Teo menyeru masyarakat antarabangsa agar menubuhkan kod amalan dan norma bagi teknologi-teknologi baru yang bakal dilancarkan dan belum mendapat piawaian antarabangsa.

Beliau berucap di Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura yang pertama di sini pada Khamis (28 Jun).

Menjelaskan lebih lanjut peluang-peluang yang ditawarkan teknologi kepada sektor pertahanan, Encik Teo menekankan bagaimana teknologi-teknologi dan produk-produk komersil seperti dron dan robot semakin disesuaikan dan digunakan untuk aplikasi pertahanan dan keselamatan seperti pemusnahan bom, perisikan dan mengesan paras radiasi.

Alat-alat membantu deria dan analisis data yang baru juga membolehkan agensi-agensi keselamatan untuk mengenal pasti dan mengesan potensi ancaman sebelum ia menjadi serangan sebenar, tambah Encik Teo.

Bagaimanapun, meskipun teknologi baru ini semakin banyak digunakan, kelemahan baru kian muncul, kata Encik Teo lagi.

Sebagai contoh, dron-dron sekarang lebih berkeupayaan dan mampu dimiliki.

Dron juga digunakan penjenayah untuk aktiviti penyeludupan dan pengintipan korporat, manakala pengganas pula menggunakan dron untuk pemantauan dan penghantaran alat letupan menerusi udara.

Sedang alat-alat peranti menjadi lebih saling berkait, bandar-bandar dan perniagaan boleh diuruskan dengan lebih baik lagi. Namun, keadaan yang sama juga bermakna kelemahan turut meningkat, kata Encik Teo.

Serangan siber NotPetya tahun lalu juga menunjukkan aspek baru peperangan yang bukan konvensional, katanya.

Serangan online melumpuhkan sistem syarikat perkapalan gergasi IT Maersk dan, memandangkan kapal-kapalnya berlabuh setiap 15 minit di merata dunia dengan sebanyak 10,000 hingga 20,000 muatan kontena, "terdapat kesan ketara terhadap rangkaian bekalan antarabangsa di banyak industri," menurut Encik Teo.

Maersk terpaksa bergantung kepada operasi manual dan menggunakan sistem automasi PSA untuk membantu menguruskan kapal-kapalnya di rantau ini dan memastikan ia mengikut jadual sebaik mungkin, kata Encik Teo lagi.

Dengan ekonomi-ekonomi menjadi lebih bersepadu dan saling berkaitan secara digital, Encik Teo menggalakkan pemerintah, syarikat-syarikat dan golongan akademik untuk membentuk kerjasama bagi menangani isu-isu yang merentasi pelbagai sektor dan sempadan negara. 

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa