Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kod amalan baru, teknologi bantu pertingkat kerja penyenggaraan lif

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Jul 2022 06:17PM Dikemas Kini : 29 Jul 2022 09:05PM

SINGAPURA: Para pengendali yang menggunakan teknologi untuk memantau lif dari jauh mungkin dibenarkan untuk mengurangkan kekerapan memeriksanya. 

Langkah itu dijangka menjimatkan masa dan tenaga kerja dalam industri tersebut yang mempunyai lebih ramai pekerja lanjut usia.

Kerja-kerja membaiki lif boleh dipermudahkan dengan penggunaan sensor yang mengumpul data untuk meramal dan mengesan kerosakan.

Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) sedang menggalakkan penggunaan sistem-sistem pemantauan lif dari jauh.

Para pengendali yang berbuat demikian boleh memohon untuk mengurangkan jumlah pemeriksaan lif yang perlu dilakukan kepada tiga bulan sekali, berbanding sebulan sekali sekarang.

Permohonan itu dibuka bulan depan.

"Huraian ini akan memantau prestasi lif sepanjang masa dan mengetahui sebarang masalah yang timbul, sama ia memerlukan kerja pembaikan segera atau ia sebenarnya masalah yang boleh ditangani semasa lawatan pemeriksaan berikutnya.

"Perbadanan JTC dan sebilangan pengendali lif lain sudahpun menjalankan ujian huraian pemantauan dan diagnostik dari jauh, melibatkan lebih 170 lif.

"JTC berharap untuk melaksanakan teknologi itu pada 180 lagi lif dalam dua tahun akan datang," kata Pengarah Kumpulan, Kejuruteraan dan Mekanikal BCA Teo Orh Hai. 

Para teknisyen juga boleh mengenal pasti lif yang  bermasalah sebelum bertolak ke tempatnya.

Ini dapat mengurangkan masa untuk membaiki lif hingga separuh dan para teknisyen boleh membaiki lebih banyak lif dalam masa sehari, tambah Encik Teo. 

Ia sekali gus membantu menangani cabaran seperti kekurangan tenaga kerja dan usia para pekerjanya  yang lebih tua.

40 peratus daripada 2,300 teknisyen lif di Singapura berusia lebih 50 tahun.

Selain itu, latihan untuk mengendalikan huraian baru itu akan membantu para teknisyen beralih kepada kerja bernilai lebih tinggi.

BCA menarik perhatian tentang peri pentingnya meningkatkan daya penghasilan dalam kalangan jumlah teknisyen yang kecil.

Memandangkan lebih banyak bangunan dibina, jumlah lif dijangka bertambah sebanyak 25 peratus kepada 90,000 menjelang tahun 2030.

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan