Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kod amalan baru perlukan platform online laksana sistem pastikan sekitaran lebih selamat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Mar 2022 08:23PM Dikemas Kini : 04 Mar 2022 11:31PM

SINGAPURA: Pemerintah menimbangkan langkah memperkenalkan kod amalan baru yang memerlukan platform online melaksanakan sistem agar memastikan sekitaran online lebih selamat.

Menteri Perhubungan dan Penerangan (MCI) Jospehine Teo berkata demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan MCI.

Kod baru itu meliputi tiga bidang iaitu keselamatan kanak-kanak, wadah untuk pengguna membuat laporan dan kebertanggungjawaban platform.

Berhubung keselamatan kanak-kanak, kod itu memerlukan platform online mengadakan sistem jaringan kandungan untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan berbahaya.

Kod kedua pula memerlukan platform membangunkan mekanisme mudah digunakan untuk para pengguna membuat laporan terhadap sesuatu kandungan.

Terakhir sekali, memerlukan platform menyediakan maklumat tentang apa yang pengguna lakukan untuk memastikan keselamatan para pengguna.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan