Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Klinik TCM bergerak khusus untuk penduduk bergaji rendah

Kini ada klinik bergerak baru yang akan menyediakan khidmat perubatan tradisional Cina atau TCM, khusus untuk para penduduk berpendapatan rendah di GRC East Coast.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Apr 2021 10:45PM Dikemas Kini : 26 Apr 2021 10:58PM

SINGAPURA: Kini ada klinik bergerak baru yang akan menyediakan khidmat perubatan tradisional Cina atau TCM, khusus untuk para penduduk berpendapatan rendah di GRC East Coast.

Para pemegang Kad Biru CHAS, penerima bantuan Comcare dan Medifund, akan dirawat secara percuma.

Mereka yang berusia lebih 50 tahun akan dikenakan bayaran $3 untuk mendapat nasihat doktor sementara para penduduk lebih muda pula perlu membayar $8.

Klinik bergerak yang dikendalikan oleh badan bukan meraih keuntungan, Tao One, juga akan menawarkan khidmat rawatan akupunktur dan khidmat perundingan dengan ahli terapi.

Ia dijangka menyediakan sekurang-kurangnya 5,000 rawatan dalam tempoh setahun.

Van ini akan bergerak ke 25 lokasi, termasuk Flora Drive dan Bedok North Road.

"Ini adalah perkhidmatan baru di mana kami ingin memberi khidmat kepada warga-warga senja kita. Mereka yang memerlukan khidmat doktor singseh misalannya tetapi mempunyai cabaran untuk pengangkutan dan pergerakan.

"Van ini akan dibawa ke beberapa tempat di estet-estet di East Coast GRC dan mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut tidak perlu lagi ke klinik-klinik di tempat-tempat lain," kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri| Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman. 

Sumber : CNA/AQ/NK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan