Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Klinik guaman perintis ditubuhkan di Masjid Angullia; bantu pekerja hijrahan, pembantu rumah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 May 2022 07:19PM Dikemas Kini : 08 May 2022 09:46PM

SINGAPURA: Para pekerja hijrahan termasuk pembantu rumah akan mendapat lebih banyak bantuan guaman.

Ia berikutan perasmian sebuah klinik guaman perintis hasil kerjasama antara Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman (LSPBS) dengan Masjid Angullia.

Klinik fizikal itu adalah yang pertama ditubuhkan LSPBS sejak pandemik COVID-19 melanda.

Ia diharap dapat memberi nasihat undang-undang dalam beberapa bahasa bagi para pekerja hijrahan yang memerlukannya.

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad berkata pihak kementerian komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan masyarakat demi meningkatkan kesejahteraan pekerja hijrahan.

"Ini adalah satu inisiatif yang penting oleh kerana kami ingin memelihara hak kerja pekerja hijrahan kita oleh kerana penting unutk memberi mereka suasana di mana mereka dapat bekerja di Singapura," katanya.

"Pada masa yang sama penting untuk memelihara hak mereka dan memberi mereka jaminan bagaimana mereka boleh mendapat bantuan dan akses kepada sistem keadilan kita."

Sejauh ini, lebih 40 pekerja hijrahan sudah mendaftarkan diri bagi mendapatkan khidmat klinik tersebut.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan