Klinik Guaman Percuma Jamiyah kendalikan lebih 14,000 kes sepanjang 50 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Jamiyah Free Legal Clinic has handled over 14,000 cases over 50 years
- Jamiyah Singapore’s Free Legal Clinic is celebrating its Golden Jubilee after handling 14,148 cases over 50 years.
- Jamiyah said demand for legal advice rose by nearly 12 per cent last year, mainly involving family issues such as divorce, child custody and maintenance.
- With recognition from the Singapore Institute of Legal Education, law students from NUS, SMU and SUSS can fulfil their pro bono requirements while being mentored by volunteer lawyers.
- Jamiyah will expand its physical sessions, continue its online sessions, and launch multilingual legal education.
- Klinik Guaman Percuma Jamiyah Singapura meraikan Jubli Emas, selepas mengendalikan 14,148 kes dalam 50 tahun.
- Jamiyah berkata permintaan nasihat guaman meningkat hampir 12 peratus setahun lalu, terutama melibatkan isu keluarga seperti perceraian, penjagaan anak dan nafkah.
- Dengan pengiktirafan SILE, mahasiswa undang-undang NUS, SMU dan SUSS boleh memenuhi keperluan pro bono sambil dibimbing peguam sukarelawan.
- Jamiyah akan memperluas sesi fizikal, meneruskan sesi dalam talian, melancarkan pendidikan undang-undang berbilang bahasa.
SINGAPURA: Lebih 14,000 kes telah dikendalikan Klinik Guaman Percuma kelolaan Jamiyah Singapura sepanjang 50 tahun lalu.
Perkara ini dikongsi semasa majlis meraikan Jubli Emas klinik tersebut pada Sabtu (10 Okt) yang diadakan di Hotel Furama Riverfront.
"Tetapi angka 14,148 ini bukan sekadar pencapaian. Ia menunjukkan bahawa keperluan terhadap khidmat kami masih ada. Dalam tempoh setahun yang lalu, permintaan untuk nasihat guaman meningkat hampir 12 peratus. Sebab itu, kerja ini mesti diteruskan," kata Naib Presiden Jamiyah Mohammed Hafidz Abdul Malik.
Klinik guaman itu menyediakan khidmat nasihat guaman percuma kepada individu dan keluarga yang memerlukan bantuan, tanpa mengira bangsa atau agama.
Antara kes yang sering dirujuk kepada klinik tersebut melibatkan masalah kekeluargaan, termasuk perceraian, hak penjagaan anak dan nafkah.
KHIDMAT GUAMAN LEBIH DEKAT KEPADA MASYARAKAT
Melangkah ke fasa seterusnya, Jamiyah mahu melibatkan lebih ramai generasi muda dalam kerja sukarela, selain membawa khidmat guaman lebih dekat kepada masyarakat.
Klinik Guaman Percuma Jamiyah kini diiktiraf Institut Pendidikan Undang-Undang Singapura (SILE) sebagai tempat menjalankan kerja pro bono yang diluluskan.
Ini membolehkan mahasiswa undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang menjadi sukarelawan di klinik itu memenuhi sebahagian daripada keperluan khidmat pro bono mereka.
"Di bawah bimbingan peguam sukarelawan kami, mereka akan mempelajari sesuatu yang sukar dipelajari dalam bilik kuliah," terang Setiausaha Agung Jamiyah, Encik Muhammad Khair Baharin.
Jamiyah juga akan memperluas jangkauan klinik tersebut dengan mengadakan sesi fizikal setiap Sabtu secara bergilir di Jampacked @ Bukit Batok, Jampacked @ West Coast dan Jampacked @ Radin Mas, serta Pusat Islam Jamiyah.
Sebelum ini, sesi fizikal hanya diadakan pada Sabtu terakhir setiap bulan di Pusat Islam Jamiyah, manakala sesi dalam talian akan terus diadakan setiap Rabu.
"Kami akan membawa Klinik Guaman ke tempat-tempat di mana orang ramai sudah datang kepada kami untuk mendapatkan bantuan. Keluarga yang datang kepada kami untuk mendapatkan barangan dapur seharusnya dapat bertanyakan soalan undang-undang di tempat yang sama," kata Encik Khair.
Sepanjang 12 bulan akan datang, Jamiyah turut merancang program pendidikan undang-undang masyarakat, termasuk ceramah percuma, podcast dan video mengenai masalah undang-undang harian dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Peguam sukarelawan Jamiyah juga akan mengadakan sesi penerangan bagi pelajar sekolah menengah dan golongan dewasa yang mempertimbangkan kerjaya dalam bidang undang-undang.
MENERUSKAN SEMANGAT SUKARELAWAN
Di sebalik lebih 14,000 kes yang dikendalikan sepanjang lima dekad lalu ialah barisan peguam yang secara sukarela meluangkan masa dan kepakaran mereka.
Antaranya ialah pemilik sulung AH Sultan & Associates, Encik Abdul Hamid Sultan.
Beliau sudah berkhidmat sebagai peguam sukarelawan di Klinik Guaman Percuma Jamiyah selama hampir tiga dekad.
"Sebagai seorang peguam, walaupun saya mempunyai kelayakan, saya juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu masyarakat dengan pengalaman dan pengetahuan saya," ujar Encik Abdul Hamid.
"(Ini dilakukan) tanpa syarat, untuk sesiapa sahaja yang memerlukan nasihat guaman. Kita mahu membantu dan menenangkan mereka supaya mereka lebih selesa," katanya lagi.
Encik Abdul Hamid menambah, platform yang disediakan Jamiyah memberinya peluang untuk terus membantu mereka yang memerlukan nasihat guaman, selain menyumbang kepada usaha lebih luas pertubuhan itu dalam membantu masyarakat.
Beliau berharap semangat tersebut dapat diteruskan oleh generasi baharu peguam.
"Saya berharap generasi peguam yang lebih muda dan baharu akan melihat kerja pro bono sebagai satu komitmen kepada masyarakat dan bukan hanya melakukan kerja yang berbayar.
"Ada kepuasan apabila kita dapat membantu mereka yang berasa gementar dengan masalah yang dihadapi," ujar Encik Abdul Hamid.
Harapan itu kini diteruskan oleh peguam generasi lebih muda seperti Pengarah Urusan Adel Law LLC, Encik Mohammed Shakirin.
Encik Shakirin sudah mengerahkan tenaga kepada Klinik Guaman Jamiyah sejak lima tahun lalu.
"Sebagai peguam muda yang baru membina kerjaya, kami perlu menanggung pelbagai kos termasuk menggajikan kakitangan. Kami juga belum mempunyai reputasi seperti peguam yang lebih berpengalaman, jadi yuran yang dikenakan tidak boleh terlalu tinggi," kongsinya.
"Sebab saya memilih untuk membantu adalah kerana nilai yang saya pegang. Lebih banyak yang kita beri, lebih banyak yang kita terima," tambah Encik Shakirin.
Encik Shakirin banyak mengendalikan kes sivil dan keluarga di klinik guaman itu.
Menurut Encik Shakirin, khidmat seorang peguam juga tidak semestinya berakhir dengan prosiding mahkamah.
"Apabila seseorang mendapatkan bantuan di klinik guaman, matlamatnya adalah untuk memahami masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian dengan prosiding seminimum mungkin serta hasil terbaik bagi individu tersebut," kata beliau.
AKSES KEPADA KEADILAN PERLUKAN USAHA SELURUH MASYARAKAT: EDWIN TONG
Sementara itu, Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Edwin Tong, menekankan pentingnya memastikan akses kepada keadilan mudah diperoleh semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang memerlukan bantuan.
"Apa yang penting adalah sama ada mereka yang menghadapi masalah undang-undang dapat memahami pilihan yang ada, mendapatkan bantuan yang diperlukan dan meneruskan kehidupan," kata Encik Tong.
Beliau menambah bahawa usaha memperluas akses kepada keadilan memerlukan kerjasama seluruh masyarakat, termasuk golongan profesional undang-undang dan pertubuhan masyarakat.
Menurutnya, klinik guaman masyarakat seperti yang dikendalikan Jamiyah menyediakan tempat yang dekat dan dipercayai bagi orang ramai mendapatkan nasihat dan bantuan.
"Seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat guaman mungkin juga boleh mendapatkan bantuan menerusi rangkaian khidmat kebajikan dan masyarakat Jamiyah. Jadi, kita bukan sahaja melihat masalah undang-undang yang dihadapi, tetapi juga individu di sebalik masalah itu," katanya.
Mengulas tentang masa depan khidmat guaman, Encik Tong berkata teknologi dan kecerdasan buatan (AI) akan membuka lebih banyak peluang untuk mendekati masyarakat dan menjadikan maklumat undang-undang lebih mudah diakses.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.