Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Klinik di SG jangka permintaan ujian PCR COVID-19 naik susuli pelonggaran sekatan China

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penyedia jagaan kesihatan Singapura menjangkakan lebih ramai pelancong yang memerlukan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) COVID-19 sebelum berangkat dalam bulan-bulan mendatang, sedang China melonggarkan sekatan sempadannya. 

Klinik Unihealth menguruskan sekitar 100 hingga 150 ujian swab PCR COVID-19 di kesemua empat kliniknya setiap minggu, dan menjangkakan bahawa jumlah tersebut akan meningkat. 

Pengarah Perubatan dan doktor keluarga di Klinik Unihealth, Dr Xie Huizhuang, menyatakan permintaan bagi ujian seumpama itu meningkat 15 hingga 20 peratus sejak pertengahan November, dengan kebanyakannya daripada warga China yang ingin pulang ke tanah air mereka. 

"Peningkatan ini sebahagian besarnya kerana China baru-baru ini beralih daripada pendekatan sifar-COVIDnya." 

Sejak pertengahan November, mereka yang ingin memasuki China dikehendaki menjalani satu ujian PCR dalam masa 48 jam sebelum berangkat, dan bukan lagi dua ujian yang dikehendaki sebelum itu. 

China turut melonggarkan sekatan COVID-19 di seluruh negara itu awal bulan ini, menarik balik sekatan berhubung kemasukan ke tempat-tempat awam dan membenarkan pesakit untuk mengasingkan diri di rumah, dan tidak lagi perlu dibawa ke hospital. 

MEMBUAT PERSIAPAN BAGI LONJAKAN PERMINTAAN

Unihealth sedang bersiap siaga bagi kenaikan jumlah permintaan bagi ujian PCR bulan depan, memandangkan warga China bersiap sedia untuk pulang ke tanah air mereka sempena Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 22 Januari. 

Raffles Medical turut menjangkakan lonjakan permintaan. Buat masa ini, ia mengendalikan sekitar 150 hingga 200 ujian swab setiap hari di 40 kliniknya. 

"Kami sedang membuat persiapan untuk menepati lonjakan sekurang-kurangnya 30, 50 peratus, terutama sekali apabila China melonggarkan syarat kuarantin," kata Pengarah Perubatan Raffles Medical, Chng Shih Kiat. 

Raffles Medical sudah bersiap sedia untuk menyediakan khidmat itu sepanjang 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi mereka yang memerlukan ujian PCR, tambahnya. 

Di Singapura, ujian PCR dilakukan mengikut budi bicara doktor bagi mereka yang menunjukkan gejala COVID-19 dan untuk ujian sebelum keberangkatan. 

Meskipun Healthway Medical belum menyaksikan peningkatan permintaan yang ketara bagi ujian PCR di 50 kliniknya, Ketua Jagaan Utama, Dr John Cheng, menyatakan ia menjangkakan peningkatan seumpama itu menjelang Tahun Baru Cina. 

"Di Healthway, kami mempunyai keupayaan dan tenaga manusia yang mencukupi untuk menguruskan atua menyokong lonjakan janji temu PCR," katanya lagi. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan