Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Klinik di Hougang mohon maaf suntik vaksin COVID-19 belum dicairkan kepada pesakit

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: ProHealth Medical Group meminta maaf kerana memberikan suntikan vaksin COVID-19 yang belum dicairkan setiap satu kepada dua dewasa sambil menyatakan seorang doktor ganti telahpun memberikan suntikan berkenaan.

Dalam kenyataan media pada Rabu (21 Sep), ProHealth Medical Group menyatakan: "Kami mengesahkan bahawa pada 15 September, di klinik ProHealth Medical Group di Hougang, seorang doktor ganti memberikan suntikan vaksin COVID-19 yang belum dicairkan kepada dua pesakit dewasa.

"Kami ingin menjelaskan bahawa doktor gantian berkenaan mula bekerja di klinik Hougang itu pada 1 September 2022. Beliau juga bekerja pada 8 dan 15 September 2022."

ProHealth Medical Group menambah ia sudah berhenti mengambil beliau bekerja sebagai doktor ganti sejak insiden pada 15 September itu.

"Kami memandang amat serius insiden tersebut dan memberi jaminan kepada semua pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di klinik kami bahawa kami menjaga keselamatan dan kesejahteraan mereka dengan penuh berhati-hati."

ProHealth Medical Group menambah klinik di Hougang itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan yang sedang dijalankan.

"Kami juga sedang berhubungan rapat dengan pesakit-pesakit yang terjejas serta akan menghulurkan sokongan dan bantuan yang diperlukan kepada mereka.

"Kami juga ingin memohon maaf secara ikhlas kepada para pesakit yang terjejas serta keluarga mereka atas insiden malang ini."

Memandangkan insiden itu kini di bawah siasatan pihak berkuasa, ProHealth Medical Group menyatakan ia tidak boleh mengulas mahupun mengeluarkan sebarang maklumat lanjut kepada pihak media.

Ketika menjawab pertanyaan
Mediacorp pada Selasa (20 Sep), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan ia dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada Isnin (19 Sep).

Ini bukan kali pertama bebuli vaksin Pfizer-BioNTech yang belum dicairkan diberikan kepada pesakit.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan