Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Klinik di Bukit Batok siasat video pekerja tendang kereta sorong bayi, pekik ke arah wanita yang lontar barang di kaunter

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah klinik di Bukit Batok sedang menyiasat kejadian di mana seorang pekerjanya memekik dan mengugut seorang ibu dan anak lelakinya di klinik, selepas video kejadian tersebut tular di media sosial pada Isnin (18 Apr). 

Dalam satu catatan Facebook pada Isnin (18 Apr), klinik Everhealth Family Clinic & Surgery yang terletak di pusat beli-belah Le Quest, memohon maaf kerana "menyebabkan orang ramai bimbang" akibat video yang dirakam di luar premisnya. 

Video yang dimuatnaik ke TikTok itu menunjukkan seorang kakitangan klinik itu menendang kereta sorong bayi semasa bertengkar dengan seorang wanita.

Anak lelaki wanita tersebut boleh didengar menangis sambil merayu dengan berkata: "Jangan pekik lagi... Kami akan bersihkan" sambil memeluk ibunya. 

Masih belum jelas, sebab kedua-dua wanita itu bertengkar. 

Dalam video kedua yang dimuatnaik di TikTok, dipercayai rakaman video kamera keselamatan klinik itu,  sebelum berlaku kejadian di luar, wanita berkenaan dilihat bergaduh dengan pekerja di ruang menyambut tamu di klinik tersebut. 

Wanita kelihatan "dengan sengaja" melanggar beberapa barang di kaunter itu sehinggakan  jatuh sebelum meninggalkan klinik tersebut bersama anak lelakinya. 

Pekerja itu menuju ke pintu dan meluahkan kemarahannya terhadap mereka. 

Wanita itu kemudian memasuki semula klinik tersebut untuk membuang sekeping kertas ke arah pekerja itu, yang kemudian mengugut untuk membaling barang ke arahnya. Pekerja itu kemudian mengikut pasangan ibu dan anak itu ke luar klinik. 

"Harap berikan kami masa untuk menyiasat perkara itu dengan pihak-pihak yang terlibat," menurut klinik berkenaan menerusi catatan tersebut. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan