Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Klinik dapat kunjungan, pertanyaan bertambah selepas Sinovac diserta dalam program vaksin nasional

Pihak klinik bagaimanapun belum boleh beri suntikan vaksin Sinovac secara percuma kerana belum diberi perincian oleh MOH.

Anggaran Waktu Membaca:
Klinik dapat kunjungan, pertanyaan bertambah selepas Sinovac diserta dalam program vaksin nasional

Vaksin Sinovac. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 24 Oct 2021 08:18PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 08:26PM

SINGAPURA: Beberapa klinik yang menawarkan vaksin Sinovac melihat orang ramai mula beratur untuk mendapatkan suntikan mereka.

Ia menyusuli pengumuman pemerintah pada Sabtu (24 Okt) akan memasukkan vaksin buatan China itu ke dalam program vaksinasi nasional.

Namun, klinik-klinik yang ditemui Mediacorp menyatakan ia akan hanya memberikan suntikan itu kepada mereka yang sudah membuat tempahan dan pembayaran awal sambil menunggu garis panduan dari Kementerian Kesihatan (MOH).

Di sebuah klinik dikunjungi Mediacorp di kawasan Geylang misalnya, orang ramai mula beratur sejak pagi tadi meskipun klinik tersebut hanya mula dibuka pada tengah hari.

Separuh daripada mereka mahu mendapatkan suntikan dos pertama vaksin Sinovac.

Klinik itu bagaimanapun tidak akan memberikan suntikan vaksin itu secara percuma sehingga lebih banyak perincian dikeluarkan MOH.

Satu lagi klinik di Bukit Batok pula menerima lonjakan panggilan yang bertanya tentang vaksin Sinovac sejurus pengumumannya dibuat semalam.

Ia juga sedang menunggu lebih banyak maklumat dari MOH.

Sejauh ini, klinik tersebut sudah memberikan suntikan dos pertama vaksin Sinovac kepada 3,500 orang dan 1,500 daripada mereka sudah mendapatkan suntikan kedua.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan