Skip to main content

Singapura

KKR bakal peroleh kepentingan dalam unit pusat data serantau SingTel bernilai S$1.1 bilion

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapore Telecommunications (SingTel) menyatakan pada Isnin (18 Sep) bahawa syarikat ekuiti KKR akan memperolehi 20 peratus kepentingan dalam perniagaan pusat data serantaunya dengan komitmen pelaburan sehingga S$1.1 bilion.

Perjanjian tersebut akan meletakkan nilai perusahaan keseluruhan perniagaan pusat data SingTel kepada S$5.5 bilion. Dana tersebut akan digunakan untuk meluaskan perniagaan pusat data itu merentasi pasaran Asia Tenggara, termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Infrastruktur digital yang kukuh... akan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi digital Asia Tenggara, dan Singapura berada dalam situasi yang baik untuk berkhidmat sebagai hab pusat rantau ini," kata David Luboff, rakan kongsi dan ketua infrastruktur Asia Tenggara di KKR, dalam satu kenyataan.

Urus niaga tersebut dijangka selesai menjelang suku keempat 2024.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita