KKH tubuh pusat kelecuran pertama khusus bagi kanak-kanak di SG
Kanak-kanak yang mengalami kelecuran kini boleh mendapatkan rawatan dengan lebih pantas dan menyeluruh.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kanak-kanak yang mengalami kelecuran kini boleh mendapatkan rawatan dengan lebih pantas dan menyeluruh.
Ini setelah Hospital KK membangunkan sebuah Pusat Kelecuran Khusus bagi kanak-kanak, iaitu yang pertama di Singapura.
Pusat itu akan mengurangkan masa menunggu bagi rawatan, dengan pesakit bawah usia 16 tahun dihantar ke Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak sebelum dirawat di Pusat Kelecuran tersebut.
Dengan proses yang diperkemas serta kawalan jangkitan yang lebih baik, unit baharu itu akan memainkan peranan penting dalam membentuk proses pemulihan kanak-kanak bagi jangka panjang.
Setiap tahun, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) menerima hingga 400 kes baharu kanak-kanak yang mengalami kelecuran.
Tahun lalu, lebih 70 peratus kes kelecuran dalam kalangan kanak-kanak berlaku akibat tertumpah air panas, sup dan minuman.
Kes-kes lain kelecuran ekoran tersentuh bahan panas atau geseran.
Pusat Kelecuran Khusus bagi kanak-kanak mahu memberi rawatan lebih pantas kepada pesakit-pesakit tersebut.
"Sebelum ini, semua pesakit kami yang kelecuran perlu dirawat di klinik pembedahan plastik kanak-kanak, iaitu Pusat Rekahan dan Kraniofasial. Ramai kanak-kanak di sana mengalami pelbagai penyakit.
"Dan ini mengakibatkan masa menunggu lebih lama bagi pesakit kami yang kelecuran, kerana perlu menunggu untuk menukar pembalut mereka. Sekarang mereka hanya perlu datang ke sini. Tiada pesakit lain yang bersaing untuk dirawat, dan proses mencuci juga lebih cekap," kata Ketua dan Perunding Kanan, Pembedahan Plastik, Pembentukan Semula dan Estetik, Dr Gale Lim.
KKH adalah hospital pertama di luar Amerika Utara yang diiktiraf sebagai sebuah institusi ChildKind bagi pengurusan kesakitan kanak-kanak.
Ini bermakna ia memastikan setiap interaksi lancar dan selesa bagi pesakit dan penjaga mereka.
Dengan segala sokongan ditawarkan di bawah satu kemudahan, ia akan memperbaiki pemulihan fizikal dan mental kanak-kanak setelah mengharungi kecederaan penuh trauma.

Sumber : CNA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.