Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

KKH rancang kaji sama ada 'long COVID' satu masalah dalam kanak-kanak di Singapura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Beberapa kajian yang dilakukan di luar negara mendapati empat hingga hampir 60 peratus kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 mengalami kesan berpanjangan virus itu, atau 'long COVID'.

Namun, kajian sedemikian, yang belum pernah dilakukan di Singapura, boleh membantu menguruskan dengan lebih baik kanak-kanak yang pernah dijangkiti COVID-19.  

Justeru, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) merancang untuk melakukan satu kajian bagi menentukan sama ada kesan berpanjangan COVID adalah satu masalah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Singapura. 

Gejala berpanjangan COVID boleh menjejas pembangunan kanak-kanak jika dia mengalaminya. 

"Kami sedia maklum bahawa kesan berpanjangan COVID berpotensi menjadi masalah pada kanak-kanak," kata konsultan KKH Li Jiahui, yang juga spesialis dalam bidang penyakit berjangkit pediatrik. Maka itu, kajian tersebut adalah "penting", tambahnya. 

KKH merancang untuk melakukan kajian ini pada separuh kedua tahun ini, untuk tempoh tiga hingga enam bulan, tambah beliau dengan dapatannya dijangka diumumkan menjelang akhir tahun. 

Kajian itu dilakukan menyusuli gelombang Omicron yang menyaksikan kadar jangkitan yang tertinggi jangkitan dalam kalangan kanak-kanak berbanding kelompok usia lain di Singapura. Misalnya, antara Disember hingga Februari, sekitar 27,000 kanak-kanak antara lima hingga 11 tahun dijangkiti virus tersebut. 

Setakat ini, KKH belum melihat sebarang kes kanak-kanak yang mengalami kesan berpanjangan COVID. Namun, terdapat "beberapa kemungkinan" untuk menjelaskan perkara ini, kata konsultan KKH itu. 

Salah satu penjelasan adalah cara hospital menentukan kesan berpanjangan COVID, iaitu lazimnya berlarutan lebih dua bulan selepas jangkitan awal dikesan. 

"Dan kanak-kanak mungkin sihat dan mengalami gejala yang sangat ringan," tambahnya. "Keadaan mereka mungkin cukup baik untuk pergi ke sekolah dan tidak memerlukan bantuan perubatan bagi gejala yang berlarutan." 

Ini bermakna terdapat kemungkinan beberapa kanak-kanak mengalami kesan berpanjangan COVID, katanya lagi. 

Tujuan utama kajian KKH itu adalah untuk menentukan sejauh mana kesan berpanjangan COVID biasa  berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan "faktor-faktor risiko yang mendedahkan kanak-kanak atau remaja itu mengalami COVID berpanjangan," ujar Cik Li. 

"Kajian ini boleh membantu kami menentukan punca semula jadi kesan berpanjangan COVID pada kanak-kanak. Ia juga akan membantu kami mencari kaedah rawatan susulan bagi kanak-kanak yang pernah dijangkiti COVID-19."

Gejala-gejala yang berlarutan, seperti sukar tidur dan hilang daya ingatan serta tumpuan, boleh menjejas pembelajaran dan pembangunan kanak-kanak, katanya. 

Tambah beliau lagi, kebanyakan kajian berhubung kesan berpanjangan COVID pada kanak-kanak dijalankan di Barat, dan "mungkin tidak boleh digunakan sepenuhnya dalam konteks kami", serta mungkin tidak memberi "gambaran tepat" mengenai COVID berpanjangan pada kanak-kanak di Singapura. 

Khususnya, kanak-kanak di Asia mungkin menunjukkan gejala COVID dengan cara yang berbeza. "Kedua, gejala itu mungkin dikaitkan dengan beberapa faktor seperti perintah berkurung, langkah sekatan sosial, pengurusan selamat, yang berbeza dari satu negara ke negara lain," kata Cik Li. 

Pun begitu, beberapa gejala itu merupakan "amaran" kepada ibu bapa supaya mendapatkan bantuan bagi kanak-kanak mereka. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan