Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

KKH pertimbang prosedur terus rakam tanda vital bayi baru lahir susuli kematian bayi berusia 11 hari: Koroner

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) sedang menyemak semula prosedur bagi mempertimbangkan langkah untuk terus merakamkan tanda-tanda vital bayi baru lahir. Tanda vital terdiri daripada denyutan nadi, tekanan darah, pernafasan dan suhu badan.

Langkah itu dibuat selepas seorang bayi meninggal dunia disebabkan sejenis kecederaan yang berpunca daripada kurangnya aliran darah atau oksigen ke otak.

Koroner Negara Adam Nakhoda menggalakkan KKH supaya melaksanakan amalan tersebut, selepas ia mendapati kurangnya prosedur merakam tanda-tanda vital secara berterusan dalam bayi tersebut sebagai sesuatu yang "tidak ideal". Beliau berkata demikian dalam dapatannya berhubung kematian bayi tersebut yang diumumkan pada hujung minggu lalu.

Bayi berusia 11 hari itu, meninggal dunia pada 12 April 2021 akibat penyakit semula jadi. Kes tersebut kemudian dirujuk kepada koroner selepas KKH memaklumkan kepada polis berhubung kematian bayi itu.

Bayi lelaki itu dilahirkan menerusi pembedahan kecemasan Caesarean, dengan ibunya diberi ubat bius biasa selepas kaedah vakum serta forsep tidak berjaya. Kadar denyutan jantung yang perlahan dikesan pada bayi itu selama lapan minit.

Ibu bayi tersebut dimasukkan ke KKH ketika kandungannya cecah 39+1 minggu dan didapati menghadapi penyakit kencing manis gestasi mellitus semasa hamil. Dia juga mempunyai sejarah penyakit Graves - iaitu gangguan sistem imun yang menjejas kelenjar tiroid.

Namun, ujian fungsi tiroidnya serta imbasan ultrasound didapati normal semasa beliau hamil.

Bayi lelaki itu dilahirkan dengan tali pusatnya terlilit ketat di lehernya. Namun, ia dapat dilepaskan bayi tersebut mengeluarkan "tangisan" semasa dilahirkan.

SOALAN BAPANYA

Semasa siasatan koroner, bapa bayi tersebut bertanya sebab alat bantu pernafasan atau ventilator tidak digunakan pada bayi itu selepas dia dikesan sukar bernafas.

Seorang konsultan di KKH menjelaskan bahawa bayi tersebut dilahirkan dengan kadar denyutan jantung yang perlahan dan pasukan perubatan tersebut perlu melalui proses resusitasi standard.

Selang enam minit selepas lkemudian, bayi itu dia didapati bernafas cukup baik dan oleh itu, CPAP tidak diteruskan. Mengikut protokol KKH yang ditetapkan, bayi itu dipindahkan ke pusat jagaan khas kerana telah diberi resusitasi.

Bayi itu dipasang alat probe yang sepatutnya merakam tahap kepekatan oksigen dan kadar denyutan jantungnya. Namun tidak terdapat rekod elektronik mengenai bacaan tersebut oleh kerana ia tidak dirakam dalam sistem rekod perubatan elektronik KKH.

Sebuah laporan perubatan lanjut yang dikeluarkan oleh KKH menunjukkan tidak terdapat sebarang rakaman tentang pemantauan berterusan ke atas tanda vital bayi itu, memandangkan keadaannya yang stabil.

Wakil KKH menjelaskan bahawa selepas menyemak aspek tersebut, hospital itu sedang berusaha untuk memastikan bahawa rakaman tanda vital seorang bayi baru lahir disimpan sehingga bayi itu diserahkan kepada pasukan perubatan di setiap bidang klinikal.

Pasukan neonatologi ditekankan supaya memastikan setiap bayi baru lahir yang memerlukan bantuan bekalan oksigen, perlu ditemani oleh kakitangan perubatan.

Koroner Negara Adam Nakhoda mendapati tiada perbuatan khianat berhubung kematian bayi itu dan memutuskan bahawa bayi itu meninggal dunia atas sebab semula jadi.

Namun, beliau juga menarik perhatian bahawa tanda vital bayi itu tidak direkod, dari masa tujuh minit selepas dia dilahirkan sehingga dibawa semula ke bilik pembedahan.

 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan