KKH lancar program kesan kemurungan dalam kalangan wanita hamil dan ibu baru bersalin
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan meningkatnya kadar kemurungan dalam kalangan wanita hamil dan ibu baru bersalin, Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) kini turut memeriksa ibu-ibu hamil bagi tanda-tanda kemurungan, sebagai sebahagian daripada jagaan rutinnya.
Dengan ini, pihak hospital dapat mengesan dan merawatnya secepat mungkin.
Bagi Cik Nurdiana Rahmat, 38 tahun, bayi lelakinya yang berusia 10 bulan adalah sumber kebahagiaan beliau.
Bagaimanapun perjalanannya menjadi seorang ibu cukup beranjau.
Cik Diana mula mengalami kemurungan ketika kehamilannya mencecah beberapa minggu sahaja.
"Kebimbangan terbesar adalah saya pernah ada masalah kesihatan mental sebelum ini, sama ada ia sesuatu yang diturunkan kepada anak saya dan saya rasa itulah antara sebab paling utama saya takut untuk meneruskan kandungannya saya," kata Cik Diana.
Dia mendapatkan bantuan daripada doktor-doktor di KKH.
Hasilnya, intervensi awal menerusi terapi dan kaunseling membantu beliau menangani ketakutan tersebut.
KKH merupakan hospital pertama di Singapura yang memperkenalkan program pemeriksaan saringan untuk mengesan tanda-tanda kemurungan sebelum bersalin atau antenatal.
Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 12,000 pesakit setiap tahun.
KKH menyatakan, kemurungan sebelum bersalin, menjejas 20 peratus ibu hamil sekarang ini.
Jika tidak dirawat, ia boleh menjadi kemurungan selepas bersalin, yang berisiko menjejas hubungan ibu dengan anak, selain menjejas pembangunan otak bayinya.
Ketua Perunding Kanan Khidmat Kesejahteraan Mental Wanita Hopital KKH Dr Chua Tze-Ern berkata: "Daripada sebelum ke selepas COVID, kami menyaksikan kenaikan 47 peratus apabila memeriksa pesakit kami bagi kemurungan selepas bersalin. Jadi ini membuat kami fikir bahawa pesakit dengan kemurungan sebelum bersalin akan memerlukan bantuan juga."
Proses pemeriksaan saringan sebahagian daripada pemeriksaan rutin pada trimester kedua ibu hamil.
Mereka diminta mengisi borang tinjauan berhubung emosi mereka, dan kemudian membincangkannya dengan doktor masing-masing.
"Doktor obstetrik akan menyarankan rujukan kepada pakar psikiatri atau kaunselor klinikal, bergantung kepada markahnya. Kemudian, jika kami lihat mereka dengan markah tertinggi, mereka akan berjumpa dengan pakar psikiatri yang akan melakukan pemeriksaan masa lalu dan keadaan mental untuk mendapatkan diagnosis bagi setiap ibu hamil dan juga memberi nasihat tentang berapa buruk masalah mereka," tambah Dr Chua.
Ibu hamil yang mengalami keadaan lebih serius mungkin dihantar menjalani kaunseling atau terapi psikologi, ataupun diberi ubat mengawal kemurungan.
Pemeriksaan kerap juga boleh diteruskan selepas bersalin, jika perlu.

Sumber : CNA/IA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.