Skip to main content

Singapura

KKH cipta sistem ubat bius AI pertama di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
KKH cipta sistem ubat bius AI pertama di dunia

Gambar: Facebook/Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH)

Diterbitkan : 14 Jun 2023 07:32PM Dikemas Kini : 15 Jun 2023 11:14AM
SINGAPURA: Satu sistem baru yang dipandu Kecerdasan Buatan (AI) bagi menyuntik bius menerusi tulang belakang wanita hamil yang menjalani pembedahan caesarean.

Kaedah itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan ia memastikan suntikan itu dilakukan di bahagian yang tepat pada percubaan pertama.

Ini mengurangkan komplikasi seperti kecederaan saraf dan tulang belakang.

Kaedah uSINE ini dicipta oleh Hospital bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) dan rakan kongsi termasuk HiCura Medical.

Sistem unik itu menggunakan teknologi AI untuk memberi isyarat kepada doktor apabila lokasi dan sudut yang betul untuk suntikan, dikenal pasti.

Ini bermakna, ia lebih tepat dan percubaan menyuntik jarum juga berkurangan.

Jika doktor melakukan suntikan dengan tangan, mereka perlu menyentuh dengan tangan untuk mengenal pasti tempat suntikan.

Namun kesilapan boleh berlaku.

Bagaimanapun sistem baru itu amat berguna bagi para pesakit yang memiliki indeks jisim tubuh (BMI) tinggi, tulang belakang tidak normal atau yang pernah membuat pembedahan tulang belakang.

Ia juga berguna untuk mereka yang kegemukan.

Pada masa ini ia digunakan untuk pembedahan caesarean sahaja, namun mungkin dikembangkan untuk kegunaan kaedah bersalin yang lain.
Sumber : CNA/IQ/NM/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita