Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Kita sudah harungi pelbagai cabaran. Kita juga akan dapat atasi COVID-19," tegas Presiden Halimah

Pemerintah sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan virus korona COVID-19 tanpa menutup sempadan-sempadan negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
"Kita sudah harungi pelbagai cabaran. Kita juga akan dapat atasi COVID-19," tegas Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob semasa lawatan ke Hospital Besar Singapura (SGH). (Gambar: Lee Jia Wen/MCI)

SINGAPURA: Pemerintah sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan virus korona COVID-19 tanpa menutup sempadan-sempadan negara ini.

Presiden Halimah Yacob menekankan demikian menerusi catatan di laman Facebooknya pada Jumaat (20 Mac) sambil menambah, langkah menutup sempadan seperti yang dikuatkuasakan di negara-negara lain boleh mencetuskan gangguan sosial dan ekonomi yang besar dan ketara.

"Namun, kejayaan usaha Pemerintah bergantung kepada setiap rakyat dan penduduk Singapura yang mesti memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi langkah-langkah menjaga jarak sosial serta kebersihan diri yang disarankan," kata beliau.

Menurut Presiden Halimah, COVID-19 tetap satu ancaman yang besar bagi Singapura dan kemunculan kes-kes import meningkatkan lagi keprihatinan terhadap penularan virus yang boleh membawa maut itu.

Maka itu, beliau menggesa rakyat Singapura supaya sentiasa berwaspada dan jangan bersikap puas hati.

"Syarikat-syarikat juga boleh melakukan lebih lagi dengan membenarkan para kakitangan bekerja dari rumah demi mengurangkan interaksi semasa menaiki pengangkutan awam dan semasa berada di tempat kerja," katanya lagi.

Puan Halimah berkata beliau memahami keprihatinan rakyat Singapura mengenai kesan wabak COVID-19 terhadap ekonomi negara.

Menurut beliau, Pemerintah akan mengusahakan pakej bantuan yang kedua bagi menyediakan lebih banyak bantuan kepada para individu dan syarikat-syarikat perusahaan.

"Kita telah mengharungi pelbagai cabaran. Kita juga akan dapat mengatasi cabaran ini," tegas beliau.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan