"Kita semua sama, hanya manusia": Keluarga silang kaum rai kerencaman budaya, agama sedang perkahwinan campur meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Encik Ferdaus Chia mempunyai teman-teman daripada pelbagai kaum sejak di sekolah rendah namun persahabatannya dengan rakan setugas yang kini isterinya, Cik Shahirah Rahim mengatasi beberapa salah faham tentang agama Islam atau kaum Melayu yang beliau ada sebelum ini.
Satu daripadanya adalah tanggapan bahawa Islam merupakan agama orang Melayu semata-mata.
Bertemu pada 2010, hubungan mereka bertambah rapat bila Encik Ferdaus mengalami kesukaran di peringkat awal kerjayanya dalam bidang perbankan.
"Saya berdepan masalah dengan kertas kewangan saya dan Shahirah membimbing dan membantu saya untuk melakukan ulang kaji dan dari situ saya sedar rakan saya benar-benar baik hati untuk menunggu hingga selepas waktu pejabat hanya untuk menelaah peperiksaan dengan saya. Itu amat menyentuh hati saya. Tiada lensa agama antara kita. Ia lebih seperti seorang kawan kepada kawan yang membantu satu sama lain," kata Encik Ferdaus.
Bagi pasangan berusia 35 tahun ini, perwatakan dan budi pekerti masing-masing mengatasi sebarang perbezaan mahupun stereotaip.
Malah persahabatan mereka mendorong Encik Ferdaus untuk mengenali agama Islam dengan lebih mendalam sehingga beliau memeluk agama tersebut pada tahun 2014.
Dua tahun kemudian, beliau mendirikan rumahtangga dengan Cik Shahirah.
Di luar tugas sepenuh masa sebagai seorang penganalisis komunikasi, Encik Ferdaus kini aktif memuat naik kandungan di saluran YouTube beliau tentang pengalamannya sebagai seorang mualaf.
Saluran YouTube beliau kini mempunyai lebih 66,000 pengikut.
Baginya, ini adalah antara cara beliau berkongsi pengalaman sebagai seorang Muslim berlatar belakang etnik Cina dan meningkatkan pemahaman tentang kerencaman yang wujud di Singapura.
"Kita perlu mencari ilmu agar kita faham tentang orang lain, kehidupan dan budaya mereka. Kita juga perlu cabar diri kita dengan apa yang kita fikir kita tahu jadi kita lihat semula apa yang kita pelajari dan cari mana yang silap dan harap-harap menjadi warga yang lebih baik," ujar Encik Ferdaus.
Beliau dan isterinya juga belajar daripada pengalaman sendiri apabila cuba membantu keluarga masing-masing memahami tentang hubungan antara kaum mereka.
Meskipun Cik Shahirah berasa ragu-ragu sama ada akan diterima oleh keluarga Encik Ferdaus pada mulanya, beliau percaya ia satu proses yang tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa.
"Saya hanya memberitahu diri saya tidak mengapa, kita hanya berjumpa dan lihat macam mana keadaan, sama ada mereka boleh menerima saya atau tidak. Tetapi memang pada mulanya adalah perselisihan faham sana sini tentang budaya dan perkara seperti itu tetapi ini bertambah baik dengan masa," kata Cik Shahirah.
Encik Ferdaus dan Cik Shahirah dikurniakan seorang anak, Muhammad Noah Yusuf Chia yang kini berusia satu tahun.
Perkahwinan campur seperti pasangan tersebut dan pendedahan kepada kesan globalisasi menjadikan rakyat Singapura masyarakat yang lebih rencam.
Kadar perkahwinan antara kaum di Singapura meningkat dari 18.4 peratus pada 2009 kepada 22.9 peratus pada 2019.
Ini juga bermakna semakin ramai anak dilahirkan dalam keluarga seperti Encik Ferdaus dan Cik Shahirah yang menjadikan konsep kaum Cina, Melayu, India atau Lain-lain (CMIO) lebih kabur.
Dalam hal ini, ketua Pusat Harmoni, Ustazah Liyana Rosli Asmara berpendapat lebih banyak usaha boleh dilakukan bagi merapatkan jurang pemahaman dalam kerencaman tersebut.
"Dasar CMIO, yang diketengahkan pada awalnya mungkin kalau kita masih zaman budak-budak kita macam faham "Oh, kalau orang Cina macam begini, definisi orang Cina begini, definisi orang India begini, definisi orang Melayu begini. Pada satu sudut ada faedahnya kerana dia ada perbezaan jelas maknanya dia cuba membuat pendidikan untuk kita lebih sedar tentang perbezaan antara kaum.
"Namun saya rasa kalau kita melihat sekarang dari sudut globalisasi dan juga lebih banyak perkahwinan silang kaum jadi kalau kita nak hanya berdasarkan definisi dulu, Cina hanya bentuk begini atau perilakunya sebegini, mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang. Sebab kita lebih ramai individu yang berdarah campur contohnya," kata Ustazah Liyana.
Beliau berpendapat keterbukaan untuk menerima perbezaan boleh mendorong sikap ingin lebih tahu dan memahami antara satu sama lain.
"Mungkin kita boleh lakukan lebih banyak usaha dan boleh diperbaiki lagi antara jurang kurang persefahaman untuk memupukkan lagi secara hormat, secara memahami lebih mendalam tentang silang kaum yang ada di Singapura," ujarnya lagi.
Melahirkan pendapat yang serupa, Encik Ferdaus menyarankan lebih banyak perkongsian tentang perkara-perkara yang menyatukan warga Singapura.
"Di Singapura makanan adalah bahasa kita dan saya rasa ia adalah platform baik untuk kita mempelajari budaya dan agama misalnya. Kita juga patut meneroka sebuah simposium yang mana orang ramai boleh ke 'booth' (gerai) mewakili agama berbeza-beza dan mereka boleh berkongsi apakah kepercayaan mereka," kata Encik Ferdaus.
Ditanya bagaimanakah beliau akan membesarkan anaknya dalam sebuah keluarga silang kaum, Cik Shahirah menekankan apa yang menjadi keutamaan adalah mendidik anaknya untuk menjadi seorang insan yang baik.
"Pada asasnya saya akan memberitahunya untuk melihat semua orang sebagai manusia lebih daripada perkara-perkara lain. Kaum tidak ada kena mengena dengan seseorang itu. Oleh itu saya berharap beliau akan membesar menjadi seorang yang baik hati kerana bila anda tidak melihat kaum, latar belakang, status, kita semua sama, hanya manusia," kata Cik Shahirah lagi.
Bagi beliau dan suaminya, itulah cara yang paling utama untuk menjadi manusia yang boleh dianggap baik, tidak kira kaum ataupun agama.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.