Skip to main content

Singapura

Kit ujian rambut lebih pantas kenal pasti penggunaan dadah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Jul 2024 06:31PM Dikemas Kini : 10 Jul 2024 09:52PM
SINGAPURA: Satu kit ujian menggunakan rambut bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengambil dadah kini sedang melalui proses penilaian.

Selain hasil ujian serta-merta, peluang untuk mengesan dadah yang diambil juga adalah lebih lama.

Kaedah ini juga setentunya lebih bersih berbanding ujian air kencing.

Kit tersebut dipamerkan di seminar pelan kerja tahunan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Menurut pihak berkuasa, kemampuan mengesan dadah dengan pantas bermakna para pegawai boleh mengambil tindakan susulan dengan segera.

Seminar itu turut menonjolkan pelbagai usaha masyarakat bagi menangani jumlah pengguna dadah yang semakin meningkat dalam kalangan belia.

Satu Persidangan Ibu Bapa akan dianjurkan tahun ini bagi menawarkan mereka panduan untuk berbincang mengenai dadah bersama anak-anak.

Bekas pesalah dadah muda juga akan berkongsi mengenai peranan ibu bapa mereka dalam membantu untuk menghindari dadah.

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Faishal Ibrahim berkata: "Kita perlu bina asas kukuh untuk kanak-kanak, di mana mereka belajar semasa membesar, bahawa sokongan paling kukuh dan orang yang mereka paling percaya adalah ibu bapa.

"Saya rasa ia seharusnya begitu, di mana ibu bapa menjadi tempat rujukan mereka apabila mereka menghadapi masalah."

Pengasas bersama Pendidikan Digital Keluarga SG, Carol Loi menambah: "Penting untuk kita sentiasa berhubung dengan anak-anak. Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang adalah satu daripada banyak perkara yang ibu bapa risaukan.

"Pertama sekali, ibu bapa harus faham dan tahu tentang bahaya penyalahgunaan dadah."
Sumber : CNA/NY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita