Kit ujian kendiri HIV dijual di farmasi tertentu mulai akhir Jan 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di sebilangan farmasi tertentu merata Singapura menjelang akhir Januari tahun depan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kit ujian kendiri HIV akan dijual di sebilangan farmasi tertentu merata Singapura menjelang akhir Januari tahun depan.
Dalam pengumumannya pada Sabtu (30 Nov), Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan langkah ini sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan akses masyarakat kepada ujian HIV, selain menggalak orang ramai kerap menjalani ujian HIV.
"Ujian kendiri HIV adalah satu cara pantas dan mudah untuk mengetahui status HIV seseorang," menurut MOH dalam kenyataan medianya.
"Kit-kit (ujian HIV itu) boleh digunakan sendiri dalam ruang privet dan hanya memerlukan menggunakan swab untuk mendapatkan sampel dari mulut."
MOH menyatakan bahawa jangkitan yang dialami sebahagian besar pesakit yang baru disahkan positif HIV, didapati sudah pada tahap lanjut semasa didiagnosis.
Sebanyak 52 peratus kes dikesan pada tahap akhir pada 2023, 51 peratus pada 2022 dan 62 peratus pada 2021.
"Peratusan pesakit HIV yang menjalani ujian atas inisiatif sendiri juga agak rendah, dengan 15 peratus kes sedemikian pada 2023, 17 peratus pada 2022 dan 16 peratus pada 2021," tambah MOH.
Setiap individu dewasa disarankan menjalani ujian, setidak-tidaknya sekali dalam jangka hayat mereka, tidak kiralah faktor risikonya.
Mereka yang terlibat dalam tingkah laku seksual berisiko tinggi disarankan menjalani ujian HIV setiap antara tiga hingga enam bulan.
Individu yang berisiko lebih tinggi perlu lebih kerap menjalani ujian selain berjumpa seorang penyedia jagaan kesihatan untuk membincangkan tentang langkah-langkah pencegahan.
Menurut MOH, 209 kes baharu HIV dilaporkan dalam kalangan rakyat dan penduduk tetap Singapura pada 2023.
Jumlah itu lebih tinggi sedikit daripada 202 kes pada 2022, iaitu perangkaan terendah sejak 1998.
Terdapat 250 kes jangkitan baharu pada 2021, dan 261 kes pada 2020.
Langkah memastikan kit ujian kendiri boleh mudah didapatkan dilaksanakan menjelang Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember ini.
Ujian HIV kendiri diuji di Klinik Jabatan Kawalan Jangkitan Penyakit Kelamin (DSC) dan pertubuhan bukan pemerintah Kumpulan Bertindak bagi Aids (AfA) sejak Ogos 2022.
"Ujian rintis itu membuktikan bahawa kit tersebut boleh diguna pakai, selamat dan berkesan sebagai ujian kendiri, sekali gus menggalak mereka yang belum pernah menjalani ujian HIV untuk berbuat sedemikian," menurut MOH.
Namun, keputusan ujian diagnostik pantas seperti kit ujian kendiri HIV tidak cukup sebagai diagnosis penyakit HIV.
Menurut MOH, mereka yang positif HIV menggunakan kit perlu menjalani ujian untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripada penyedia jagaan kesihatan.
Seandainya keputusan ujian itu adalah negatif tetapi individu berkenaan baru-baru ini terdedah kepada hubungan seksual tanpa perlindungan atau berisiko tinggi terkena jangkitan HIV, ia mungkin akan mengambil sehingga tiga bulan untuk tubuh mereka menghasilkan antibodi HIV yang dapat dikesan kit ujian berkenaan.
"Tidak kira apa keputusannya, sokongan akan tetap tersedia," menurut MOH.
Mereka yang ingin bercakap dengan seseorang mengenai HIV, atau memerlukan kaunseling atau maklumat berkaitan kesihatan seksual, dinasihati menghubungi Klinik DSC di talian 1800 252 1324 atau AfA di 6254 0212.
Senarai klinik yang menawarkan khidmat ujian HIV dan farmasi runcit yang menjual kit ujian kendiri HIV boleh didapatkan menerusi laman ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.