Skip to main content

Singapura

Kit ujian COVID-19 DIY - mudah dilakukan sendiri?

Kit ujian COVID-19 DIY atau lakukan ujian sendiri akan mula dijual Rabu depan (16 Jun) di farmasi-farmasi tertentu Guardian, Unity dan Watsons.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Jun 2021 09:35PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 09:42PM

SINGAPURA: Kit ujian COVID-19 DIY atau lakukan ujian sendiri akan mula dijual Rabu depan (16 Jun) di farmasi-farmasi tertentu Guardian, Unity dan Watsons.

Menurut Watsons, harganya antara S$10 hingga S$13.

Unity pula menyatakan 39 cawangannya dipilih kerana mempunyai ahli farmasi yang ditempatkan di situ.

Oleh itu, mereka akan boleh menyediakan lebih banyak maklumat mengenai ujian ujian Pantas Antigen (ART) dan membantu pembeli cara menggunakannya.

Kit tersebut bertujuan membantu meningkatkan lagi keupayaan Singapura mengesan kes yang dijangkiti dengan lebih cepat.

Terdapat empat jenama yang diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Ia adalah Abbott Panbio COVID-19 Antigen Self-test, QuickVue At-Home OTC COVID-19 Test, SD Biosensor SARS-CoV-2 Antigen Self-Test Nasal, dan SD Biosensor Standard Q COVID-19 Ag Home Test.

Pada peringkat permulaan, setiap orang hanya dibenarkan membeli 10 kit ujian sahaja sebelum dilonggarkan apabila lebih banyak bekalan kit ujian ART disediakan untuk penjualan runcit.

CARA GUNA KIT COVID-19 DIY

BERITAmediacorp berpeluang mencuba kit ART jenama Abbott Panbio COVID-19 Antigen Self-test.

Related article image

Sebelum memulakan ujian, pastikan tangan anda sudah dibersihkan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman.

Tuangkan cecair 'buffer' ke dalam tiub sehingga ke garisan seperti di gambar ini.

Related article image

Untuk pastikan ujian dilakukan dengan tepat, calitkan bahagian dalam hidung sebanyak lima kali. Lakukan untuk kedua-dua lubang hidung.

Celupkan lidi swab ke dalam tiub mengandungi cecair 'buffer' tadi dan kemudian tekan sedikit pada bahagian penghujungnya.

Langkah itu
memastikan sebarang cecair berlebihan dapat dikeluarkan. Patahkan lidi swab dan tutup tiub.

Buka penutup di bahagian bawah tiub dan picit lima titisan cecair ke alat ujian dan nantikan keputusannya.

Pastikan ia dilakukan pada permukaan yang rata.

Related article image
Related article image
Related article image

Maklumat lanjut mengenai kit ART akan disediakan mulai 16 Jun.

Related article image

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menghendaki pengeluar kit ujian ini supaya memantau dan menyiapkan data keselamatan dan ketepatan keputusan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita