Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kit ujian ART rancak dijual di farmasi susuli lonjakan kes baru COVID-19 di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Kit ujian ART rancak dijual di farmasi susuli lonjakan kes baru COVID-19 di S'pura

Kit ujian kendiri ART. (Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 06 Feb 2022 08:29PM Dikemas Kini : 06 Feb 2022 08:29PM

SINGAPURA: Lebih ramai orang membeli kit ujian pantas antigen (ART) di farmasi-farmasi berikutan kenaikan besar kes baru COVID-19 di negara ini.

Kedai-kedai runcit yang menjualnya menyatakan sedang menempah lebih banyak bekalan kit ujian itu bagi memenuhi permintaan.

Rangkaian kedai runcit produk kesihatan dan kecantikan Guardian menyatakan permintaan bagi kit ART naik seganda sejak pertengahan bulan lalu.

Menurut Guardian jumlahnya lebih tinggi berbanding jualan sepanjang dua bulan terakhir tahun lepas. 

Seorang ahli farmasi berkata beliau melihat lebih ramai pelanggan membeli bungkusan berisi 20 kit ujian ART bagi ujian harian untuk keluarga besar semasa Tahun Baru Cina.

Rangkaian peruncit Watsons pula menyatakan penjualan kit ART amat laris dan ramai membelinya sebelum Tahun Baru Cina.

Salah satu jenama popular kit ART ialah Panbio.

Pembekalnya, syarikat Abbot menyatakan ia menghantar tempahan secepat mungkin yang boleh.

Menurut Abbot permintaan bagi kit ujian pantas terlalu tinggi di merata dunia. 

Abbot juga sudah membekalkan jutaan kit ujian itu di Singapura sejak pandemik COVID-19 bermula.

Sumber : Agensi berita/IA/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa