Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kisah silam S'pura yang kurang diketahui dipaparkan di 7 tempat merata negara

Tahukah anda, bangunan Istana dibina oleh para pekerja buruh yang terdiri daripada kalangan banduan dari India pada tahun 1800?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tahukah anda, bangunan Istana dibina oleh para pekerja buruh yang terdiri daripada kalangan banduan dari India pada tahun 1800?

Ini adalah salah satu daripada kisah Singapura yang tidak begitu diketahui ramai.

Mulai esok (15 Mac), anda boleh menyingkap lebih banyak kisah menarik tentang sejarah Singapura menerusi pelbagai kegiatan di Pesta Warisan Budaya (SHF) Edisi Dwiabad.

PERTUNJUKAN SIMBOLIK RENTAK BUDAYA

Antara yang boleh anda jangkakan adalah pertunjukan silat yang amat simbolik.

Ia menunjukkan perpaduan antara lima etnik berbeza di Singapura - Jawa, Minangkabau, Bugis, Bawean dan Banjar, yang bersatu demi membangunkan negara dalam selepas Perang Dunia Kedua.

Persembahan silat itu adalah sebahagian daripada kegiatan Rentak Budaya di Taman Warisan Melayu.

Berbeza daripada tahun-tahun sudah, acara Rentak Budaya tahun ini dianjurkan di bawah Pesta Warisan Budaya sempena edisi khas Memperingati 200 tahun sejarah Singapura.

"Kami rasa oleh kerana program-program kami sentiasa tertumpu kepada warisan dan budaya, ia seiring dengan objektif Pesta Warisan Budaya," kata Ketua Jawatankuasa Penganjur Rentak Budaya, Muhammad Haziq bin Azmi.

Oleh itu, penceritaan dalam persembahan yang akan diadakan seperti sketsa, pertunjukan dikir barat dan silat juga berkisar tentang sejarah negara.

"Inspirasi kami bagi acara Rentak budaya 2019 adalah untuk menonjolkan sejarah Singapura selama 200 tahun dan kami hendak juga menunjukkan harapan kami bagi masa hadapan untuk orang Melayu," beliau memberitahu BERITAmediacorp.

PERTUNJUKAN TEATER DALAM BAS BERGERAK

Satu lagi kegiatan pasti mencuit hati para pengunjung adalah persembahan teater di dalam bas.

"Istimewa pada tahun ini juga kami bakal memperluaskan jangkauan kami ke merata Singapura dan juga melalui persembahan teater di dalam bas yang bertajuk Bus and Roads kerana tidak selalu kami dapat melihat persembahan teater di dalam bas yang bergerak," menurut Penolong Pengurus Festival, Martini Ali Wafa.

Jika anda sering menaiki bas, anda mungkin pernah melihat bermacam ragam manusia di dalamnya.

Maka, lakonan watak-watak yang duduk dalam kalangan anda di dalam bas Pesta Warisan Budaya itu pasti membuatkan anda tersenyum.

PAPARAN KISAH SILAM S'PURA DI 7 TEMPAT

Anda juga boleh menyingkap sejarah silam Singapura menerusi pameran 'Find Your Place in History'.

Salah satu daripadanya adalah di Fort Canning Park yang bertajuk 'A Second Chance' atau Peluang Kedua.

Ia mengisahkan tentang pekerja buruh pada tahun-tahun 1800 yang terdiri daripada kalangan banduan yang membanting tulang membina jalan-jalan raya, pelabuhan dan juga Istana Presiden, antara lainnya.

Anda boleh menyaksikan sendiri kesemua paparan di tujuh lokasi berbeza itu apabila ia dilancarkan esok.

Pesta Warisan Budaya tahun ini berlangsung pada setiap hujung minggu, sehingga 7 April nanti.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan