Kira-kira 22,000 pegawai MHA akan terima kenaikan gaji 3%-10%
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Today
SINGAPURA: Kira-kira 22,000 pegawai Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan menerima kenaikan gaji kasar bulanan mereka antara tiga peratus dengan sepuluh peratus mulai 1 Januari tahun depan.
Para pegawai dalam Perkhidmatan Berseragam Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Skim Pakar Home Team dan Skim Komersil Home Team akan menerima gaji yang diseleraskan.
Demikian menurut MHA pada Isnin (31 Okt).
"Pegawai berseragam dan pakar MHA memainkan peranan penting dalam memastikan Singapura kekal selamat," menurut MHA.
"Pelarasan gaji adalah hasil semakan berkala MHA untuk memastikan pakej gaji para pegawai kami setanding dengan pasaran dan terus berdaya saing. Ini akan membolehkan MHA terus memikat dan mengekalkan pegawai yang baik."
Selain pelarasan gaji, MHA juga akan terus memberikan para pegawai peluang pekerjaan dalam Home Team dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka, menurut MHA.
Pada Jun, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) mengumumkan kenaikan gaji antara lima dengan 14 peratus untuk kira-kira 23,000 kakitangan awam.
Ia berkuat kuasa mulai 1 Ogos dan diberikan kepada para pegawai dalam skim asas Perkhidmatan Awam dan skim berkaitan.
PSD juga mengumumkan pada September kenaikan gaji antara lima dengan 12 peratus untuk para pegawai khidmat pentadbiran dan kehakiman serta penyandang jawatan berkanun terpilih.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.