Kinokuniya Takashimaya tawar suasana baharu, termasuk kafe
Anggaran Waktu Membaca:
Cawangan Books Kinokuniya di pusat beli-belah Takashimaya 'diubah-suai'. (Gambar: Facebook/Kinokuniya Singapore Webstore)
- Kedai buku Books Kinokuniya di pusat beli-belah Takashimaya akan "diubah-suai", menurut syarikat itu pada Selasa (18 Feb).
- Tuan tanah kedai buku itu - Toshin Development - menyatakan bahawa transformasi kedai tersebut "termasuk penambahan sebuah kafe baharu di tingkat sama".
- Books Kinokuniya menambah bahawa tiada pemberhentian pekerja atau perubahan pada tenaga kerja.
- Books Kinokuniya membuka kedai utamanya di Takashimaya pada 8 Ogos 1999.
SINGAPURA: Kedai buku Books Kinokuniya di pusat beli-belah Takashimaya akan "diubah-suai", menurut syarikat itu pada Selasa (18 Feb)
Tuan tanah kedai buku itu - Toshin Development - menyatakan bahawa transformasi kedai tersebut "termasuk penambahan sebuah kafe baharu di tingkat sama".
Menjawab pertanyaan Mediacorp, kedai buku itu menyatakan kedainya menjalani "penyusunan semula ruang untuk memperbaiki koleksi bukunya dan turut menggabungkan unsur-unsur gaya hidup dan budaya pop".
Ia menyatakan bahawa rangkaian tawarannya kekal "utuh", sambil menambah bahawa ia berhasrat "untuk mengembangkan dan memaparkan barangan yang lebih pelbagai".
Books Kinokuniya menambah bahawa tiada pemberhentian pekerja atau perubahan pada tenaga kerja.
Dalam satu catatan di Facebook, kedai online Kinokuniya Singapore meyakinkan orang ramai bahawa ia tidak akan ditutup.
"Kami sedang membuat beberapa perubahan pada susun atur kedai kami dan beberapa bahagian sudah dipindahkan," katanya.
Sementara itu, Toshin Development menyatakan bahawa kedai tersebut sedang menjalani "konfigurasi semula ruang untuk memperbaiki koleksi bukunya di samping memberi suntikan elemen gaya hidup".
Ia adalah sebahagian daripada "komitmen berterusan Books Kinokuniya untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang memperkayakan".
"Perubahan ini termasuk tambahan sebuah kafe baharu di tingkat yang sama, menawarkan pelanggan persekitaran yang lebih segar dan imersif yang melengkapi tawaran di kedai buku itu," menurut Toshin Development.
Syarikat itu menyatakan bahawa ia "tidak dapat berkongsi butiran terperinci mengenai pajakan", namun menambah bahawa Books Kinokuniya kekal sebagai "penyewa utama di Takashimaya Shopping Centre".
"Kami teruja dengan perubahan ini dan percaya ia akan meningkatkan pengalaman membeli-belah keseluruhan untuk pengunjung kami," menurut Toshin Development.
Books Kinokuniya membuka kedai utamanya di Takashimaya pada 8 Ogos 1999. Kedai sedia ada itu meliputi 38,000 kaki persegi.
Ia juga mempunyai sebuah lagi cawangan di Bugis Junction.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.