Kindness SG menang besar di The Pinwheels 2025 Mediacorp
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kindness SG mengungguli senarai pemenang sebagai Pencipta Kandungan Terbaik Tahun Ini di anugerah The Pinwheels 2025 Mediacorp.
Pertubuhan tidak meraih untung yang memperjuangkan gerakan baik budi di Singapura itu menerima geran penerbitan bernilai S$10,000.
Penerbitannya berjudul 'RAWR Diaries - Love, acceptance & Ah Ma' turut memenangi anugerah Video Gaya Hidup Terbaik.
Dipersembahkan oleh Bloomr.SG, iaitu rangkaian pencipta kandungan Mediacorp, anugerah ini memberi tumpuan kepada bakat tempatan dan meraikan masyarakat pencipta di Singapura.
Edisi keempat pertandingan itu menampilkan 40 calon bagi 10 kategori anugerah.
Daskiino, sebuah syarikat filem dan penerbitan, membawa pulang anugerah Kandungan Terbaik Tahun Ini untuk videonya, Foreign Xchange, dan membawa pulang geran penerbitan bernilai S$5,000.
Pencipta kandungan Michael Collins, yang dikenali sebagai bigchunkks, memenangi dua anugerah.
Videonya 'I sailed to Pulau Ubin on a bag of potato chips' memenangi Video Paling Inovatif.
Beliau juga memenangi Video Pendatang Baharu Terbaik untuk 'Surviving on $0 in the most expensive city in the world', dan menerima kontrak eksklusif pencipta, selama setahun bersama Bloomr.SG.
“The Pinwheels Mediacorp terus mengetengahkan kepelbagaian bakat dan kreativiti yang luar biasa di Singapura,” kata Ketua Pegawai Bakat Mediacorp, Doreen Neo.
“Setiap tahun, kami mendapat inspirasi oleh para pencipta yang mencabar kebiasaan, meneroka bentuk penceritaan baharu dan berhubung secara mendalam dengan penonton mereka.”
Majlis anugerah yang dihoskan oleh Pencipta Eksklusif Bloomr.SG, Munah Bagharib, majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di The Ahava pada Jumaat (21 Nov) dan dihadiri oleh para pencipta, pempengaruh, serta pemimpin industri.
Berikut senarai lengkap pemenang:
1. Video Bukan Fiksyen Terbaik: My Final Taste of Grandma’s Buah Keluak oleh OGS
2. Video Drama Terbaik: Addiction - Microdrama oleh Amy Ang
3. Kolaborasi Terbaik: 24 HOURS WITH TAIWANESE GIRLFRIEND IN SINGAPORE!!! oleh BenRanAway
4. Video Gaya Hidup Terbaik: RAWR Diaries - Love, acceptance & Ah Ma oleh Kindness SG
5. Video Paling Artistik: What No One Tells You About Feeling Lonely oleh Ng See Min
6. Video Paling Inovatif: I sailed to Pulau Ubin on a bag of potato chips oleh bigchunkks
7. Video Kebaikan Sosial Terbaik: The Raw Truth About Bareback Sex | Unfiltered Gay Podcast Ep 26 oleh Dear Straight People
8. Video Pendatang Baharu Terbaik: Surviving on $0 in the most expensive city in the world oleh bigchunkks
9. Kandungan Terbaik Tahun Ini: Foreign Xchange oleh Daskiino
10. Pencipta Kandungan Terbaik Tahun Ini: Kindness SG

Sumber : CNA/NJ/nj
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.