Kinderland akan pasang lebih banyak CCTV di 2 prasekolah susuli kes dera murid
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rangkaian prasekolah Kinderland pada Selasa (29 Ogos) menyatakan ia akan memasang lebih banyak CCTV di dua pusatnya.
Ini menyusuli kes-kes terbaharu berkait dakwaan penderaan ke atas para muridnya.
Dua guru diberkas awal Selasa setelah video-video tular di media sosial menunjukkan murid-murid didera di prasekolah-prasekolah Kinderland di Woodlands and Choa Chu Kang.
Untuk "menangani dengan lebih baik" kebajikan para murid dan guru-guru di kedua-dua pusat, Kinderland menyatakan ia akan memasang lebih banyak CCTV. Buat masa ini kamera-kamera sedemikian dipasang di koridor, pintu masuk dan keluar.
"Kamera CCTV di bilik-bilik darjah adalah satu perkara yang menjadi keprihatinan dari segi melindungi privasi murid-murid. Menyusuli insiden-insiden tersebut, kami akan memasang lebih banyak CCTV, di semua bilik darjah dan ruang kegiatan murid-murid di kedua-dua pusat," menurut penyedia khidmat pendidikan tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.
Kinderland juga akan "menguruskan" kesihatan mental guru-guru baharu dan yang sedia ada menerusi sesi-sesi pertemuan mingguan dan bulanan bersama pengetua untuk "lebih memahami isu-isu di lapangan".
Rangkaian prasekolah tersebut sudah menambah pihak yang boleh dihubungi para ibu bapa secara langsung baik di pusat-pusat atau di ibu pejabat berhubung sebarang perkara.
Ia juga berjanji untuk memperhalusi prosedur "maklum balas dan komen" bagi kakitangan serta guru untuk menyuarakan perkara-perkara yang menjadi keprihatinan, menerusi talian langsung ke ibu pejabat sekiranya mereka tidak selesa membangkitkannya di pusat masing-masing.
Daripada 200 murid yang sekarang ini berdaftar di dua pusat prasekolah di Woodlands dan Choa Chu Kang, Kinderland sudah menerima enam permohonan untuk mengeluarkan anak-anak daripada pusatnya menyusuli dakwaan penderaan.
"Sedang insiden-insiden terpencil dan jarang berlaku boleh berlaku, Kinderland sudah mengambil, dan akan terus mengambil, pendirian proaktif dalam menangani isu-isu yang timbul dan akan terus menjunjung dasar tidak bertolak ansur sama sekali terhadap penderaan sesiapa pun, kanak-kanak atau orang dewasa," menurutnya lagi.
"Kami juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa tindakan seorang guru tidak mencerminkan sikap atau tindakan ratusan guru lain di Kinderland.
"Para guru kami layak dihormati dan dihargai atas kerja baik yang dijalankan setiap hari untuk anak-anak kita, dan (kami) menghargainya sekiranya mereka tidak dijadikan sasaran bagi melemparkan tuduhan atau komen negatif."

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.