Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kilang S$13 juta bantu syarikat jimat kos, kongsi peralatan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Apr 2022 04:48PM Dikemas Kini : 22 Apr 2022 09:23PM

SINGAPURA: Para pengeluar makanan di Singapura kini boleh menguji idea-idea baru dengan biaya lebih rendah di satu kemudahan S$13 juta.

Kilang FoodPlant dijangka bakal membantu sekitar 200 firma terutama syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (SME), menghasilkan sekitar 400 produk makanan baru menjelang 2026.

Kilang baru tersebut berfungsi sama seperti ruang berkongsi kerja, di mana syarikat-syarikat boleh menyewa dan berkongsi bahagian tertentu proses pengeluaran atau mesin-mesin khusus.

Ini bermakna kos lebih rendah berbanding kilang-kilang dengan jumlah minimum pengeluaran yang tinggi.

Mesin-mesin canggih yang ada termasuk mesin lebih S$1 juta dolar ini untuk menghasilkan minuman segera.

Ada juga mesin ini yang mengeluarkan denyutan elektrik bagi melembutkan makanan, tanpa menjejas nilai nutirisinya.

Sekitar 20 syarikat sudah pun memanfaatkan kemudahan di kilang FoodPlant berkenaan.

Dengan berkongsi peralatan, syarikat-syarikat boleh mencipta dan lakukan ujian pasaran untuk produk mereka dalam jumlah lebih kecil dan jimat biaya, sebelum dipertingkat ke fasa pengeluaran penuh. Ini membolehkan syarikat untuk menyingkatkan putaran inovasi mereka serta bertindak pantas kepada perubahan citarasa pengguna.

Satu perjanjian sudah pun ditandatangi antara FoodPlant dengan sebuah kilang memproses makanan di New Zealand bagi meningkatkan keupayaan inovasi makanan.

Sumber : CNA/IQ/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa