Kilang binaan 'bijak', guna teknologi, kaedah pasang siap baru
Kilang binaan 'bijak' pertama di negara ini berjaya mengurangkan selama enam bulan masa membina sebuah bangunan kondominum 505 unit di Clementi.
SINGAPURA: Kilang binaan 'bijak' pertama di negara ini berjaya mengurangkan selama enam bulan masa membina sebuah bangunan kondominum 505 unit di Clementi.
Ia dapat dilakukan dengan penggunaan pelbagai teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI), robot dan aplikasi mudah alih.
Robot yang diberi nama Effibot misalnya, meskipun kecil boleh mengangkat barangan sehingga 300 kilogram.
Effibot digunakan untuk membantu membawa bahan binaan seperti jubin dan simen.
Ia dapat mempercepat kerja binaan dan lebih selamat untuk para pekerja.
Para penyelia di kilang berkenaan juga menggunakan aplikasi Novade untuk memantau pelbagai kerja di tapak binaan seluas hampir 10,000 meter persegi.
Penggunaan teknologi sudah membantu kilang binaan bijak tersebut meningkatkan daya penghasilannya sebanyak 40 peratus.
Sebahagian besar proses di kilang itu turut menggunakan kaedah pasang siap atau Pembinaan Volumetrik Prasiap (PPVC).
Menerusi kaedah itu modul-modul bagi bilik air, dapur atau bilik tamu dibuat di kilang dahulu dan kemudian dipasang secara lengkap di tapak binaan.
Ini bermakna seluruh dapur, ruang tamu dan bilik mandi bagi tiga kondominium dibina di dalam kilang.
Para pekerja pula memasang jubin, lampu dan memastikan setiap unit kalis air.
Apabila semuanya siap, modul-modul itu dibawa ke tapak binaan untuk dipasang.
Menerusi kaedah itu dan dengan bantuan teknologi, syarikat itu menyatakan tempoh masa pembinaan boleh dikurangkan sehingga enam bulan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.