Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kicap Hand Flower Brand dari Malaysia ditarik balik kerana mengandungi asid benzoik: SFA

Penggunaan bahan pengawet makanan itu juga tidak diisytiharkan pada label pembungkusan produk.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan kicap jenama Hand Flower Brand ditarik balik kerana mengandungi asid benzoik, iaitu bahan pengawet  makanan.

SFA menyatakan dalam satu kenyataan media media pada  Jumaat (2 Sep) bahawa ia mengesan asid benzoik dalam produk terbabit, pada tahap melebihi had kawal selia bagi sos, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Makanan Singapura.

Penggunaan asid benzoik juga tidak diisytiharkan pada label pembungkusan makanan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, SFA telah mengarahkan pengimport produk itu, Heng Yoon Trading, untuk menarik balik produk terbabit. 

Langkah itu melibatkan semua kicap jenama Hand Flower Brand Soy Sauce dengan nombor kelompok KSS0 125 dan tarikh guna  sebelum 26 Jul 2025. Produk itu berasal dari Malaysia.

"Di bawah Peraturan Makanan Singapura, hanya bahan pengawet makanan yang dibenarkan dengan jumlah dalam lingkungan tahap maksimum dibenarkan untuk digunakan dalam makanan," kata SFA.

SFA menambah bahawa berdasarkan tahap asid benzoik yang dikesan,  penggunaan sekali sahaja produk yang terjejas tidak mungkin menjadi sumber keprihatinan  keselamatan makanan.

“Pengguna tidak harus mengambil makanan yang mengandungi tahap asid benzoik yang tinggi pada tempoh yang lama.

"Ini kerana walaupun asid benzoik adalah bahan pengawet biasa yang selamat apabila digunakan dalam jumlah yang kecil, kajian ke atas haiwan yang diberi makan dengan dos tinggi asid benzoik,  menunjukkan gangguan pada sistem saraf pusat serta perubahan dalam otak," kata agensi itu.

Mereka yang telah makan produk yang terlibat dan  bimbang tentang kesannya ke atas  kesihatan mereka harus segera mendapatkan nasihat perubatan. Pengguna juga boleh menghubungi tempat mereka membeli produk itu untuk sebarang pertanyaan.

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan