Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kian ramai tukar pekerjaan jadi pendidik di pertengahan kerjaya

Lebih ramai orang menjadi guru prasekolah di Singapura dalam pertukaran pertengahan kerjaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kian ramai tukar pekerjaan jadi pendidik di pertengahan kerjaya

Cik Salbiah Ramli menyertai Program Pertukaran Kerjaya (CCP) dan pada usia 39 tahun, menjadi seorang pendidik prasekolah.

Diterbitkan : 05 Sep 2021 07:33PM Dikemas Kini : 05 Sep 2021 08:45PM

SINGAPURA: Lebih ramai orang menjadi guru prasekolah di Singapura dalam pertukaran pertengahan kerjaya.

Workforce Singapore (WSG) menyatakan jumlah itu naik kepada hampir dua kali ganda pada tahun lalu sahaja.

Sejauh ini, 2,300 orang sudahpun membuat peralihan kerjaya itu menerusi inisiatif seperti Program Pertukaran Kerjaya (CCP) sejak 2019.

Sama ada belon, bunga atau kereta api, Cik Salbiah Ramli kini sudah terbiasa melukisnya. Namun, rutin itu satu perubahan agak besar berbanding tujuh tahun lalu ketika beliau bertugas dalam industri kewangan.

Selepas meninggalkan sektor awam, beliau kebetulan hamil dengan anak bongsunya.

Beliau dapat memasukkan anaknya ke sebuah tajaka dan kemudian terus terdorong untuk menyertai sektor pendidikan awal kanak-kanak.

Cik Salbiah menyertai Program Pertukaran Kerjaya (CCP) dan pada usia 39 tahun, menjadi seorang pendidik prasekolah.

Pusat prasekolah di mana Cik Salbiah bertugas juga menerima kanak-kanak berkeperluan khas.

"Saya mengambil diploma singkat tentang keperluan khas untuk mengajar kanak-kanak bekeperluan khas juga kerana saya percaya adakalanya mereka adalah kumpulan yang dilupakan dan ia sebenarnya bukan mudah menangani mereka," ujarnya.

Maka itu selepas latihan lapan bulan, beliau mahu terus belajar dan kini mempunyai diploma untuk mendidik kanak-kanak berkeperluan khas.

WSG merancang untuk berunding dengan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) untuk kemungkinan memperluaskan kohort CCP akan datang.

Permohonan bagi kohort seterusnya bermula Oktober ini. 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan