Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kian ramai belia S'pura gesa pindaan terhadap dasar iklim

Lebih ramai warga muda Singapura lebih berani untuk memperjuangkan isu perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Oct 2019 07:32PM Dikemas Kini : 13 Oct 2019 10:23PM

SINGAPURA: Lebih ramai warga muda Singapura lebih berani untuk memperjuangkan isu perubahan iklim.

Mereka yang menghadiri rapat sulung mengenai perubahan iklim di Singapura baru-baru ini menyeru agar dasar-dasar iklim negara disemak semula.

Namun, para pakar yang ditemui CNA berkata sebarang perubahan dasar memerlukan masa dan semua pihak memainkan peranan untuk menyelamatkan bumi.

"Saya memilih untuk bercakap tentang krisis iklim hari ini kerana saya percaya pada isu ini. Kita sedang hadapi krisis iklim," ujar seorang peserta berusia 20 tahun.

Beliau antara suara-suara yang mengetuai pergerakan iklim di Singapura.

Perhimpunan Iklim Singapura yang pertama berlangsung pada 21 September lalu dan menarik lebih 1,700 peserta.

Peserta termuda di perhimpunan tersebut berumur hanya 11 tahun. Mereka, antara lain, mahu melihat perubahan sistemik dalam pemerintah.

Para penganjur acara itu mendapat inspirasi daripada Greta Thunberg, 16 tahun, yang merangsang pergerakan perubahan iklim antarabangsa.

Walaupun menyambut baik saranan-saranan yang diutarakan, para pakar berkata keperluan pertumbuhan ekonomi perlu juga diambil kira.

Pakar Ekonomi dalam Bidang Politik, Bryan Cheang, berkata
dalam menyelesaikan masalah persekitaran, pertumbuhan ekonomi tidak boleh dilihat sebagai masalah. Ia sebaliknya harus dilihat sebagai sebahagian daripada penyelesaian.

Pertumbuhan ekonomi, jelas beliau, akan membawa kepada teknologi lebih baik serta dana yang dapat membantu pemerintah serta masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan realiti perubahan iklim.

Encik Cheang juga mencadangkan geo-kejuruteraan, kenderaan elektrik dan tenaga nuklear sebagai penyelesaiannya.
Namun beliau menambah perubahan akan memakanl masa.

Anggota Parlimen GRC Nee Soon Louis Ng pula berkata kesedaran masyarakat termasuk dalam kalangan kanak-kanak harus dipertingkatkan. Langkah pertama sudahpun diambil.

Dalam Persidangan Pendidikan Awal Kanak-kanak bulan lalu, ia diumumkan semua prasekolah di negara ini akan memberi tumpuan kepada pembelajaran di luar bilik darjah.

Antara matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran lebih baik tentang alam sekitar.

Murid-murid pusat Little Skool-House, misalnya, dibawa melawat kawasan Dairy Farm di mana mereka dapat belajar mengenali buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. 

Sumber : CNA/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan