Khutbah Aidiladha: Dalami erti pengorbanan tanpa menggadai prinsip
Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir menyampaikan khutbah Aidiladha di Masjid Assyakirin. (Gambar: BERITA Mediacorp/Nurhelmy Hakim)
SINGAPURA: Masyarakat Islam diajak mengenal erti pengorbanan lebih luas dalam menyambut Aidiladha.
Aidiladha bukan sekadar tentang menyembelih haiwan korban.
Ia bahkan kesediaan untuk menunduk kepada petunjuk Allah s.w.t., meskipun ia memerlukan masyarakat Islam menyesuaikan diri dengan keadaan, tanpa mengorbankan prinsip.
Demikian antara intipati khutbah Aidiladha yang bertajuk "Menelusuri hikmah dalam pelaksanaan ibadah", yang disiapkan oleh Pejabat Mufti dan disampaikan di masjid-masjid tempatan pada pagi Rabu (27 Mei).
Di Masjid Assyakirin yang terletak di kawasan Taman Jurong, khutbah disampaikan oleh Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir semasa sesi solat pertama pada 7.20 pagi.
Hampir 5,000 jemaah berhimpun bagi sesi tersebut yang dipimpin oleh Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Timbalan Mufti, Dr Mohd Murat Md Aris dan Presiden MUIS, Saat Abdul Rahman turut hadir menunaikan solat dalam sesi tersebut.
KHUTBAH AIDILADHA: PERDALAM ILMU, PERLUASKAN MAKNA PENGORBANAN, FAHAM ERTI PENYESUAIAN
Dalam khutbahnya, Dr Nazirudin antara lain membentangkan tiga pengajaran besar yang perlu masyarakat Islam tempatan hayati.

Ia termasuk memperdalam ilmu agama dengan kefahaman yang menyeluruh, dan memperluaskan makna pengorbanan kepada sumbangan buat umat manusia.
Dr Nazirudin berkata: "Ilmu bukan sekadar mengetahui hukum halal dan haram, tetapi memahami tujuan dan hikmah di sebalik sesuatu hukum. Kita perlu beralih daripada semata-mata bertanya, “Boleh atau tidak boleh?”, kepada soalan yang lebih meluas dan mendalam. “Apakah tujuan dan matlamat (atau maqasid) di sebalik ajaran
ini?”, “Apakah pertimbangan yang perlu diambil dalam menilai sesuatu keadaan dan situasi?”"
"Umat Islam tidak hidup untuk dirinya sendiri. Pengorbanan kita hari ini melepasi batasan peribadi kepada insan sekeliling, dan seluruh umat manusia. Dalam dunia yang berdepan dengan pelbagai cabaran seperti perubahan iklim, ketegangan sosial dan salah faham terhadap Islam, umat Islam perlu tampil sebagai sumber rahmat, hikmah dan penyelesaian," tambah beliau lagi.
Umat Islam yang memahami erti membuat penyesuaian pula, menurut beliau, akan menjadi umat yang lebih yakin, lebih tenang dan lebih anjal menghadapi cabaran zaman.
Dr Nazirudin berkata: "Penyesuaian yang diperlukan dalam menterjemahkan ajaran agama dalam kehidupan seharian adalah sebahagian dari syariat Islam itu sendiri. Bahkan, para ulama telah mengingatkan, bahawa hukum bagi sesuatu keadaan tidak boleh bersandarkan karangan dan penulisan dalam kitab yang terputus dari situasi sebenar kehidupan."
"Bayangkan – jika syariat hanya terikat pada satu bentuk pelaksanaan yang jumud dan sempit, pasti manusia akan berhadapan dengan kesukaran dalam melaksanakan ketaatan dan menzahirkan ketakwaan dalam situasi yang berbeza-beza."
"Sedangkan Allah s.w.t. mengetahui bahawa zaman dan keadaan akan terus berubah, manakala cabaran yang dihadapi manusia akan berbeza-beza. Maka syariat Islam datang dengan keluasan yang membolehkan ibadah terus mekar dalam pelbagai keadaan," luah beliau.
Dr Nazirudin juga mengingatkan bahawa Aidiladha membawa peringatan bahawa Islam adalah agama
yang sempurna dalam prinsipnya, luas dalam rahmatnya dan seimbang dalam pendekatannya.
Lantaran itu, beliau mengajak masyarakat Islam tempatan untuk menjadi umat yang berilmu dalam memahami
agama serta yakin dalam mengamalkannya.
Tahun ini, masjid-masjid di merata negara menyediakan lebih 240,000 ruang solat untuk para jemaah.
Selain itu, 44 lokasi lain termasuk yang dikendalikan oleh kumpulan-kumpulan Qaryah pula menyediakan lebih daripada 20,000 ruang solat.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.