Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat vaksinasi COVID-19 hanya disediakan di 8 poliklinik mulai Jul

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jun 2023 07:57PM Dikemas Kini : 17 Jun 2023 12:38AM
SINGAPURA: Mulai Julai, vaksinasi COVID-19 di negara ini akan hanya disediakan di lapan poliklinik berbanding 23 sekarang.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan langkah itu dilakukan kerana permintaan bagi suntikan vaksin COVID-19 sudahpun mantap berikutan peralihan status penyakit tersebut daripada pandemik kepada endemik.

Kesemua lapan poliklinik itu menawarkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty bagi penduduk berusia 12 tahun dan ke atas.

Lima daripada poliklinik tersebut iaitu Geylang, Pioneer, Punggol, Tampines dan Woodlands turut menawarkan suntikan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Tiga lagi poliklinik iaitu Bukit Batok, Eunos dan Kallang pula menyediakan suntikan vaksin Moderna bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun.

Tiada janji temu diperlukan untuk mendapatkan suntikannya di kesemua lapan poliklinik berkenaan.

Selain itu, suntikan vaksin COVID-19 masih boleh didapatkan di sembilan Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) dan klinik-klinik GP yang turut serta.
Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan