Skip to main content

Singapura

Khidmat token pembayaran digital tingkatkan risiko penyalahgunaan: Laporan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jul 2024 02:29PM Dikemas Kini : 01 Jul 2024 09:19PM
SINGAPURA: Singapura mengenal pasti penyedia khidmat token pembayaran digital dan pengumpulan dana online sebagai saluran yang boleh dieksploitasi untuk membiayai pengganasan.

Ini hasil daripada laporan penilaian risiko nasional yang dikemas kini dan dipimpin oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan pusat bank.

Pembayaran online rentas sempadan juga dikenal pasti sebagai wadah baharu berpotensi disalahgunakan untuk membiayai pengganasan.

Laporan itu turut menggariskan bahawa individu yang menjadi radikal sendiri menimbulkan ancaman paling ketara dalam konteks Singapura.

Demi menangani risiko sedemikian, Singapura melakarkan semula strategi negara untuk mencegah, mengesan dan menghalang individu berniat jahat.
Sumber : CNA/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita