Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat terbaru ini bolehkan anda pesan makanan dari bazar Ramadan, terus ke rumah anda

Anda inginkan makanan dari bazar Ramadan untuk berbuka puasa, tetapi tidak dapat ke bazar? Buat julung-julung kalinya, sebuah syarikat penghantar makanan menyediakan khidmat penghantaran makanan dari bazar Ramadan, terus ke rumah anda. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anda inginkan makanan dari bazar Ramadan untuk berbuka puasa, tetapi tidak dapat ke bazar?

Buat julung-julung kalinya, sebuah syarikat penghantar makanan menyediakan khidmat penghantaran makanan dari bazar Ramadan, terus ke rumah anda.

Khidmat penghantaran makanan khusus seperti itu disediakan oleh Bungkus.sg, yang merupakan sebuah pemain baru dalam sektor penghantaran makanan.

KERJASAMA BUNGKUS.SG, MASJID SULTAN & ACARA

Bazar Masjid Sultan sememangnya antara bazar yang popular di Singapura semasa bulan Ramadan.

Bazar Ramadan di luar pekarangan Masjid Sultan (Gambar: Syawal Yusoff/BERITAmediacorp)

Dengan begitu banyak juadah lazat-lazat ditawarkan oleh sekitar 40 gerai di bazar ini, ia sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang memburu makanan iftar.

Namun, dek kesibukan jadual atau pelbagai halangan lain, ada di kalangan kita yang tidak dapat menjejakkan kaki ke bazar Masjid Sultan ini.

Di sinilah, aplikasi Bungkus.sg boleh membantu.

Menerusi aplikasi ini, anda boleh memesan pelbagai juadah yang anda inginkan dari gerai-gerai bazar tersebut.

"Gabungan ini ialah batu loncatan bagi kami untuk menyediakan perkhidmatan untuk masyarakat Melayu kita di Singapura. Kita ambil makanan daripada yang bersijil Halal atau 100% dimililki orang Islam sahaja. Itu nombor satu.

"Dan nombor dua adalah penghantaran ke seluruh negara." menurut pengarah Bungkus.sg, Encik Mahathir Maidin, yang baru sahaja melancarkan aplikasi ini pada April lalu.

PARA PEGERAI SAMBUT BAIK BUNGKUS.SG

Dengan jaminan ini, Encik Mahathir menegaskan bahawa pengguna tidak perlu ragu tentang adanya 'pencemaran' dengan makanan tidak halal.

Penjualan kuih tradisional di bazar di luar Masjid Sultan (Gambar: Syawal Yusoff)

Inisiatif ini dapat dilaksanakannya hasil kerjasama dengan penganjur bazar, aCaRa dan Masjid Sultan.

"Kami menggunakan pembelian makanan secara talian untuk memudahkan pelanggan ataupun mereka-mereka yang ingin merasai juadah untuk berbuka puasa ini secara talian supaya ia memudahkan mereka membeli makanan tanpa menghadirkan diri di masjid di kawasan Ramadan Bazar ini," kata Encik Zainal Abidin Omar, seorang pengurus Masjid Sultan yang mengasaskan usaha ini.

Berdasarkan maklum balas daripada para pegerai yang BERITAmediacorp temui, inisiatif itu ternyata disambut baik.

"Kami berminat dengan Bungkus.sg kerana mereka menyediakan penghantaran seluruh negara jadi semua orang dapat mencuba Unique Cone Pizza dan menu mini kami," akui Encik Mohd Shukri Andjah Asmara, seorang pegerai menjual menu makanan unik di bazar tersebut.

"Ya, saya mesti sokong Bungkus. Siapa sahaja yang ingat bungkus, mereka teringat Bungkus.sg, satu pulau mana-mana di Singapura, mana-mana tempat, Jurong ke, Punggol ke, Sengkang ke, Marsiling ke, Woodlands ke, mereka akan hantar," kongsi Encik Ariff Abdul Jabbar pula. Beliau seorang pegerai kali pertama di Bazar Sultan.

Encik Ariff Abdul Jabbar, seorang pegerai di bazar Masjid Sultan (Gambar: Syawal Yusoff)

Khidmat penghantaran makanan itu disediakan sepanjang Ramadan dan akan berakhir dua hari sebelum Aidilfitri.

Pesanan makanan pula haruslah dibuat sebelum pukul 1.00 petang setiap hari, agar siap dan dapat dihantar untuk pelanggan berbuka puasa. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa