Skip to main content

Singapura

Khidmat teleperubatan bantu pesakit di rumah; pertingkat kapasiti untuk pesakit A&E

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Memanfaatkan teleperubatan boleh mengurangkan tekanan ke atas sistem hospital.

Sebuah pusat telekesihatan di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) misalnya dapat mengurangkan lebih separuh kadar kemasukan semula pesakit sejak dilancarkan setahun lalu.

Ini membolehkan kapasiti ditambah untuk kes-kes kecemasannya.

Pasukan 11 jururawat dan pegawai telejagaan ini bekerja sepanjang hari menyokong para pesakit yang baru keluar hospital.

Pusat Telekesihatan dan Rangkaian Bersepadu Kesihatan Yishun menyediakan khidmat kepada sekitar 1,000 pesakit sepanjang tahun lalu dengan membantu mereka yang menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Para pegawai pusat itu akan kerap menghubungi pesakit-pesakit untuk memeriksa dan menawarkan bimbingan jika perlu.

Pusat tersebut juga mempunyai talian bantuan sepanjang masa untuk para pesakit  menghubungi mereka.

Ini membolehkan KTPH menyediakan lebih banyak kapasiti wad Kemalangan dan Kecemasan (A&E) bagi para pesakit yang memerlukan perhatian segera.

Bagi para pesakit yang mendaftarkan diri dengan pusat itu, kadar kemasukan semula ke unit A&E dan wad menjunam 60 peratus.

Encik Kamil Yatim, 62 tahun, misalnya sudah dimasukkan ke hospital tiga kali dalam sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini kerana masalah jantung dan paru-paru.

Namun sejak mendaftar diri dengan pusat itu tiga bulan lalu, beliau belum perlu dimasukkan ke hospital.

Baru-baru ini, pusat berkenaan meluaskan perkhidmatannya untuk menyokong skim pemulihan di rumah bagi pesakit COVID-19.

Ia kini giat untuk mengambil lebih ramai jururawat dan pegawai dengan matlamat untuk memberi khidmat kepada 7,000 pesakit baru setiap tahun.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita