Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat sewa kereta privet baru TADA dilancarkan, manfaatkan teknologi 'blockchain'

Sebuah aplikasi menyewa kereta privet yang menggunakan teknologi 'blockchain' dilancarkan di Singapura pada Khamis (26 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jul 2018 09:39PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 10:54PM

SINGAPURA: Sebuah aplikasi menyewa kereta privet yang menggunakan teknologi 'blockchain' dilancarkan di Singapura pada Khamis (26 Jul).

Dipanggil 'TADA' yang bermaksud 'Mari naik' dalam bahasa Korea, pemain terbaru dalam pasaran khidmat kereta sewa tempatan itu tidak menerima komisyen daripada para pemandunya.

TADA sudahpun mengambil kira-kira 2,000 pemandu menjelang pelancarannya, menurut syarikat Mass Vehicle Ledger (MVL) yang berpangkalan di Singapura.

Ada dua bentuk tambang - pertama kadar tetap bagi satu tempat ke satu tempat dan harga ikut meter bermula dengan tambang asas $2.30. Bayaran 3.4 peratus pula dikenakan bagi setiap tambang yang dibayar menggunakan kad kredit.

MVL sedang menimbangkan kerjasama dengan syarikat sewa kereta atau insurans.

Ia juga akan menggunakan teknologi 'Blockchain' untuk berdagang mata wang kripto MVL dipanggil duit syiling MVL, yang diberikan kepada pemandu apabila menerima maklum balas yang baik.

Dengan menggunakan 'blockchain', data para pemandu dan penumpang boleh dikumpulkan dan dijual kepada pihak ketiga. Menurut MVL, ia tidak memiliki data tersebut tetapi menyediakan wadah untuk menyimpan data. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan