Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat sehenti baru mudahkan badan-badan amal penuhi syarat tadbir urus

Proses memenuhi syarat-syarat tadbir urus bagi badan-badan amal akan lebih mudah dan murah tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat sehenti baru mudahkan badan-badan amal penuhi syarat tadbir urus
Diterbitkan : 01 Oct 2019 07:54PM Dikemas Kini : 01 Oct 2019 07:56PM

SINGAPURA: Proses memenuhi syarat-syarat tadbir urus bagi badan-badan amal akan lebih mudah dan murah tidak lama lagi.

Satu khidmat sehenti baru untuk memfailkan penyata tahunan akan diperkenalkan.

Bersama dengan inisiatif perkongsian data baru yang sudahpun dilancarkan awal tahun ini, langkah tersebut akan mempermudahkan badan-badan amal untuk menyerahkan penyata kewangan dan program kepada Pesuruhjaya Badan-Badan Amal (COC) yang kemudian akan mengongsi data dengan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).

Sekitar 2,000 pertubuhan amal berdaftar dijangka meraih manfaat daripada portal sehenti itu termasuk badan-badan amal kecil seperti Silver Ribbon, yang membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

Badan amal tersebut menyatakan ia menyerahkan penyatanya kepada sekurang-kurangnya empat agensi setiap tahun bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Khidmat baru yang bakal dilaksanakan, menurutnya, akan meringankan beban tugas pentadbirannya.

Berucap di Persidangan Tadbir Urus Badan Amal, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu menggesa pertubuhan-pertubuhan amal agar memanfaatkan teknologi untuk mempertingkat kecekapan operasi.

Khidmat badan-badan amal dijangka meningkat seiringan dengan keadaan penduduk negara ini yang semakin menua. 

Sumber : CNA/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan