Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat Risik dan Digital SAF jalankan latihan pertahanan siber pertama di SG

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat Risik dan Digital SAF jalankan latihan pertahanan siber pertama di SG

Gambar: Facebook/Ministry of Defence, Singapore (MINDEF)

Diterbitkan : 16 Nov 2022 08:59PM Dikemas Kini : 16 Nov 2022 09:01PM
SINGAPURA: Singapura menguji keupayaan digitalnya dalam satu latihan pertahanan siber yang pertama.

Ia dijalankan Khidmat Risik dan Digital Angkatan Bersenjata Singapura.

Lebih 100 peserta dari 17 buah pertubuhan dan agensi turut mengambil bahagian.

Latihan tersebut bertujuan mengukuhkan keupayaan siber dalam pertahanan prasarana kritikal daripada serangan siber.

Para pakar dari pelbagai pasukan keselamatan siber diuji pelbagai senario dalam latihan dua hari itu.

Mereka perlu mempertahankan replika loji-loji daya tenaga dan kemudahan penapisan air daripada digodam.

Ini dilakukan dengan menggunakan sistem operasi realistik yang mengikut rangkaian sebenar.

Pasukan pertahanan mengesan lalu lintas digital untuk mengenal pasti sesebuah serangan.

Selepas menyiasat kesan serangan itu, mereka melaporkan dapatan tersebut sebelum mengemukakan huraiannya.

Latihan pada masa depan akan melibatkan lebih banyak pertubuhan dan agensi.

Di luar latihan itu, Khidmat Risik Digital (DIS) memeterai perjanjian dengan Agensi Keselamatan Siber.

Kerjasama tersebut akan meluaskan bidang-bidang seperti latihan siber bersama dan keupayaan pembangunan.

Ia juga memberikan pasukan pertahanan siber sebuah wadah bagi berlatih dan menajamkan kemahiran menerusi latihan.
Sumber : CNA/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan