Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat perantara percuma bagi pasangan mempelai, vendor terjejas langkah COVID-19

Ada pertikaian dengan vendor perkahwinan akibat langkah COVID-19? Anda boleh mohon khidmat perantaraan percuma hingga 10 Sep ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2021 06:27PM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 08:58PM

SINGAPURA: Rakyat tempatan yang bertikai dengan vendor perancangan perkahwinan mereka terbit daripada sekatan COVID-19 boleh memohon bagi khidmat pengantaraan percuma tidak lama lagi.

Kementerian Undang-Undang pada Isnin (12 Jul) mengumumkan pihaknya akan mengadakan Program Pengantara COVID-19 untuk membantu mereka yang terjejas mencapai huraiannya.

Kes yang boleh menggunakan khidmat pengantara itu mestilah melibatkan kontrak jual barang atau perkhidmatan bagi acara perkahwinan yang terjejas dengan sekatan di bawah fasa Kewaspadaan Dipertingkat.

Acara-acara perkahwinan itu mestilah bertarikh antara 8 Mei hingga 31 Julai.

Semua pihak yang terlibat mesti juga bersetuju untuk melakukan proses pengantara itu sebelum membuat permohonan.

Sesi pengantara akan diadakan selama dua jam menerusi persidangan video dengan seorang pengantara.

Jika syarat-syaratnya dipersetujui, pihak pengantara akan juga membantu menyiapkan huraiannya secara hitam putih.

Permohonan bagi khidmat pengantara percuma itu mula dibuka lusa sehingga 10 September.

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan