Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat penyenaraian flat jualan semula baharu HDB hasrat sediakan kemudahan, pasaran 'boleh dipercayai'

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 May 2024 04:51PM Dikemas Kini : 12 May 2024 10:02PM
SINGAPURA: Pembeli dan penjual flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak lama akan mempunyai sebuah wadah sehenti untuk melakukan urus niaga mereka.

Ia adalah sebahagian daripada langkah penguasa itu, yang diharapkan dapat menjadikan pembelian dan penjualan sesebuah tempat lebih mudah dan telus.

Inisiatif baharu itu bertujuan menjadi "sebuah pasaran penyenaraian yang boleh dipercayai", dengan membenarkan hanya pembeli dengan surat kelayakan sah atau penjual sebenar mempunyai akses penuh kepada perkhidmatannya.

Ciri-ciri lain dalam memastikan ketelusan termasuk memaklumkan para penjual yang meminta harga melebihi urus niaga jualan semula yang paling tinggi yang baharu bagi jenis flat yang serupa di kawasan tersebut sebanyak 10 peratus atau lebih.

Demikian diumumkan HDB pada Ahad (12 Mei).

Portal Flat HDB boleh digunakan untuk menyenaraikan, memasarkan dan membandingkan unit-unit flat.

Portal tersebut mempunyai ciri-ciri khas seperti menetapkan temu janji untuk meninjau flat serta membandingkan ciri-ciri pelbagai flat berbeza.

Apabila pemilik rumah meletakkan harga jualan terlalu tinggi, satu pemberitahuan akan terpapar secara automatik.

Menurut HDB, ciri-ciri baharu itu bakal mencipta sebuah pasaran hartanah yang lebih mampan pada jangka panjang.

"Tentu sekali mereka juga boleh lantik ejen hartanah untuk lakukannya bagi pihak mereka. Bagi pembeli rumah, mereka boleh berasa yakin bahawa flat-flat jualan semula yang disenaraikan tulen, tepat dan tidak ada duanya," kata Daniel Chan, Pengarah Flat Jualan Semula HDB.

Sejurus ciri-ciri baharu tersebut dilancarkan, pemilik flat perlu mendaftarkan dengan HDB niat mereka untuk menjualnya.

Pembeli pula mesti mempunyai surat Kelayakan Flat HDB (HFE) yang sah.

Ini demi memastikan pembeli dan penjual benar-benar tulen.

Ejen hartanah yang dilantik juga akan mempunyai papan pemuka peribadi bagi menguruskan aktiviti pelanggan mereka.

Pemerhati industri berkata ciri-ciri sedemikian boleh menurunkan kos urus niaga kerana bertambahnya persaingan, selain meningkatkan kecekapan dan menjadikan pasaran lebih telus.

Penjual flat yang layak boleh menyenaraikan unit mereka mulai Isnin (13 Mei).

Urus niaga antara pembeli dan penjual akan bermula pada lewat Mei.
 
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan