Khidmat Penjara SG akan lengkapkan jurulatih dengan kemahiran insani

(Gambar: SPS)
SINGAPURA: Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) sedang meningkatkan jumlah jurulatihnya.
Ia juga berhasrat untuk melengkapkan lebih ramai pegawainya dengan kemahiran insani dalam pemulihan banduan.
Dari dua jurulatih yang bertauliah sekarang, SPS ingin menambahnya tujuh kali ganda kepada 15 menjelang 2026.
Jurulatih tersebut akan mendidik banduan bagaimana untuk mendengar masalah dan memberi sokongan emosi kepada banduan lain.
"Apa yang kami ingin capai adalah, membina hubungan yang diperkasakan. Meskipun kami merupakan pegawai, kami berada dalam proses memulihkan banduan, kami ingin membina hubungan yang diperkasakan di mana banduan tidak hanya melihat seragam, tetapi dia sedar kami ikhlas membantu mereka pulih," kata jurulatih kanan SPS, Venu Arsh.
Pendekatan tersebut mencetuskan semangat dalam ramai kalangan banduan.
Brenna, 21 tahun, sedang mengejar impiannya untuk menjadi seorang cef, sementara dia menjalankan hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan berkaitan dadah, melalui program kemasyarakatan.
Menurutnya, masanya di penjara menyedarkan dirinya.
Brenna menemui tujuan di dapur, dan majikannya sangat kagum dengannya.
"Saya fikir dia sungguh berdedikasi dan menunjukkan saya yang dia ingin bekerja keras untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang cef," kata Jonothan Koh, pengarah Paradise Now.
Felicia Chee merupakan di antara peserta di SPS yang sedang memburu sijil kejurulatihan kemahiran insani.
Ia termasuk kemahiran bertanya soalan yang berkesan dan mendengar dengan teliti.
Cik Chee sudah menyampaikan ilmunya kepada sekumpulan pegawai yang sedang berlatih untuk menjadi pegawai penjara.
SPS menyasarkan untuk meningkatkan kemahiran insani di kalangan pegawai pada tahun-tahun akan datang, dan berharap ia akan mengurangkan kadar mengulangi jenayah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.